KENYATAAN MEDIA
YB DATUK MOHAMADDIN BIN HJ.KETAPI
SAYA TIDAK PERNAH HINA ANGGOTA KESELAMATAN TETAPI KEGAGALAN BARISAN NASIONAL
1.Kegagalan kerajaan barisan nasional dalam memantapkan aset sempadan negara sehingga memungkinkan kejadian pencerobohan ini berlaku
2.Saya ingin menjelaskan disini bahawa kenyataan saya semasa kempen dikampung Wawasan telah disalah ertikan. Saya tidak pernah sama sekali memperkecil apatah lagi menghina anggota keselamatan kita yang telah berjuang bermati-matian untuk menjaga kedaulatan negara daripada penceroboh. Ketika memberikan ceramah tersebut,saya memberikan gambaran akan kesukaran yang dihadapi oleh anggota keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara yang berpunca daripada kelemahan kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.
3. Seharusnya video yang ditularkan tersebut dimainkan sepenuhnya dan bukan hanya merujuk kepada soal tersebut semata-mata dan saya mengutuk sekeras-kerasnya permainan kotor pihak tertentu yang jelas mahu menjatuhkan maruah Parti Warisan Sabah.
4. Sekiranya isu pendatang tanpa izin menjadi keutamaan kerajaan terdahulu, kejadian di tanduo tidak mungkin berlaku.
5. Oleh yang demikian, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak menghina anggota keselamatan kita yang bertugas semasa kejadian di tanduo seperti yang
diputarbelitkan oleh pihak lawan khususnya parti dari semenanjung.
Walaunbagaimanapun, saya ingin memohon maaf sekiranya video yang ditularkan dengan niat
jahat tersebut mengguris hati anggota-anggota keselamatan keseluruhannya.
Sekian.
DATUK MOHAMADDIN BIN KETAPI
