Kuala Lumpur 26 Sept: 11 Kes positif covid-19 di semenanjung Malaysia hari ini melibatkan mereka yang pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, kes positif covid-19 di Semananjung yang berpunca dari Sabah itu melibatkan 7 buah negeri iaitu:
Negeri | Jumlah Kes Positif Covid-19 asal dari Sabah |
Kuala Lumpur | 3 |
Negeri Sembilan | 2 |
Selangor | 1 |
Terengganu | 2 |
Pahang | 1 |
Melaka | 1 |
Johor | 1 |
Jumlah | 11 |
Negeri Sabah menjalani pilihanraya negeri ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri oleh ketua menteri, Shafie Apdal akibat beberapa adun melompat kepada kem Barisan Nasional diketuai Musa Aman.
Sejam selepas pengundian berakhir, kira-kira jam 6 petang tadi, Kementerian Kesihatan mengarahkan bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, semua individu yang baru tiba dari Sabah akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan domestik.
Walaubagaimanapun, warga net mendesak KKM supaya melakukan saringan dan kuarantin wajib kepada semua mereka yang pulang dari Sabah serta merta.
Pecahan keseluruhan kes hari ini:

Berikut merupakan kenyataan penuh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kenyataan-Akhbar-KPK-COVID-19-26-September-2020– Buletin TTKM-