PAGE RASMI ARMADA ADALAH ‘ARMADA BERSATU MALAYSIA’
Kenyataan Ketua Penerangan ARMADA Nasional
Merujuk kepada perkara di atas, ini adalah pemakluman kedua dan secara rasmi yang dikeluarkan oleh PERDANA (Penerangan ARMADA Nasional) kepada umum mengenai laman rasmi ARMADA di ‘Facebook’. Terdahulu, selaku Ketua Penerangan saya telah membuat pemakluman umum bertarikh 23 Ogos 2020, bahawa laman rasmi ‘Facebook’ ARMADA adalah bukan lagi atas nama Armada Bersatu PPBM. Maka ditekankan sekali lagi, laman facebook ‘Armada Bersatu PPBM’ adalah merupakan sebuah laman palsu dan bukanlah ‘page’ rasmi bagi ARMADA BERSATU.
Mohon perhatian umum, laman ‘Facebook’ rasmi bagi ARMADA BERSATU adalah atas nama berikut; ‘Armada Bersatu Malaysia’. Laman ARMADA yang rasmi tidak pernah digunakan untuk melakukan hal-hal seperti ‘troll’ atau mempersenda pesaing politik apatah lagi rakan koalisi melainkan sebagai medan penyaluran maklumat.
Pihak ARMADA maklum bahawa ‘page’ ‘Armada Bersatu PPBM’ yang sebelum ini merupakan ‘page’ rasmi telah digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang sebelum ini menguruskan Penerangan ARMADA di bawah kepimpinan ARMADA terdahulu yang tidak menyerahkan atau memindahkan urusan operasi laman tersebut kepada kepimpinan penerangan semasa biarpun telah dipohon secara baik kepada mereka yang terlibat dalam mengendalikan ‘page’ tersebut.
Tindakan melaporkan ‘page’ Armada Bersatu PPBM telah dibuat susulan tingkah bacul dan tidak berintegriti mereka yang malah bukan lagi ahli BERSATU. ARMADA akan terus berusaha memantau perkembangan laporan dari masa ke semasa dan berharap umum maklum bahawa ‘page’ ini jelas digunakan bagi menimbulkan kecelaruan dan mencalar urusan siyasah yang terkait dengan BERSATU.
Dalam pada itu, PERDANA memohon ahli ARMADA BERSATU dan warga BERSATU seluruhnya untuk membantu memainkan peranan membuat laporan laman palsu kepada ‘Facebook’ (Facebook Report) atas ‘page’ Armada Bersatu PPBM dalam hasrat Facebook dapat menutup ‘Fake Page’ ini.
Sila pastikan nama ‘page’ tersebut ialah: Armada Bersatu PPBM
Yang menjalankan amanah,
MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ketua Penerangan ARMADA Nasional
29 SEPTEMBER 2020

