Tajuk Kosmo! ‘clickbait’ dan ‘misleading’! – Admin TTKM

Kuala Lumpur, 29 September: Pentadbir laman facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) menyelar akhbar Kosmo! kerana membuat tajuk ‘clickbait’ dan ‘misleading’ yang menggambarkan seolah-olah laman troll itu lubuk duit dan mendapat pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan.

Bercakap dengan salah seorang pentadbir laman itu yang cuma mahu dikenali sebagai Neo, laman facebook TTKM tidak mendapat pendapatan seperti yang dinyatakan,

“Tajuk itu ditujukan kepada satu lagi laman iaitu Si Rashid yang dilaporkan Kosmo! menjana pendapatan “RM 5000 hingga RM20000 sebulan hasil daripada review berbayar produk-produk tertentu”. TTKM tidak membuat review berbayar seperti itu.

Neo, pentadbir laman TTKM

Mengenai video Mia Jalipah, produk TTKM, yang mendapat pulangan US100 sebulan, Neo berkata Kosmo! tidak menerbitkan bahagian dimana kini video Mia Jalipah sejak tahun lepas, banyak videonya telah dikenakan ‘limited monetization’ ( pengewangan terhad)- kerana didakwa facebook mengandungi kandungan sensitif.

“Sejak tahun lepas, banyak video Mia Jalipah dikenakan ‘pengewangan terhad’ oleh facebook. Saya juga ada menyertakan tangkap layar pengewangan terhad itu kepada Kosmo! tetapi mungkin itu tiada nilai berita pada mereka, jadi mereka tidak diterbitkan”

Neo, pentadbir laman TTKM

Untuk 6 video terbaru Mia Jalipah, Neo berkata mereka cuma mendapat USD 15.37. Malah, satu video Mia jalipah yang memaparkan lagu “Sepohon Petai”, pulangan iklan untuk video itu cuma 19 sen sahaja.

Video Mia Jalipah yang diflag sebagai limited monetization (pengewangan terhad).

Video Mia Jalipah “Sepohon Petai”

Mengenai laporan Kosmo! yang menyatakan “dia bersama rakan-rakannya mampu membayar ansuran bulanan rumah dan kenderaan” dengan pendapatan dari TTKM, Neo berkata itu tidak benar.

Kandungan putar belit laporan akhbar Kosmo!

“Semua pentadbir TTKM mempunyai karier profesional sendiri dan mereka menyumbangkan bakti kepada TTKM secara part time dan sukarela tanpa kami membuat apa-apa bayaran kepada mereka.”

Neo, Pentadbir TTKM

Buletin TTKM menghubungi wartawan Kosmo! yang menyediakan berita tersebut, dan beliau memaklumkan ia telah disunting oleh editor Kosmo!

Kami difahamkan kandungannya disunting sedemikian rupa menjadikan berita itu tersasar dari apa yang disampaikan melalui temubual.

Beliau turut memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan laporan Kosmo! di situ.

Kosmo! dilancarkan semula pada Julai 2020 oleh Media Mulia Sdn Bhd setelah penerbitannya ditutup sebelum ini ekoran masalah kewangan. – Buletin TTKM-

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.