KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong disahkan meninggal dunia sebentar tadi sekitar jam 11.50 pagi.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu.
Sebelum ini, mendiang dilaporkan dimasukkan ke hospital tersebut awal minggu ini dan kemudian berada dalam keadaan koma akibat jangkitan paru-paru.
Vui Keong yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak kelihatan sejak pengumuman calon parti itu, kira-kira dua minggu lalu.
Semasa pilihan raya umum lalu, Vui Keong memenangi kerusi Batu Sapi dengan 12,976 undi atau majoriti 4,619 dan kemudian dilantik oleh Tun Dr Mahathir sebagai Menteri ( Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri ketika kerajaan Pakatan Harapan. – Buletin TTKM-