Kenyataan Media
Dengan penuh rasa kesal, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah didapati positif Covid-19.
Sejurus kembali dari Sabah pada 27 September, saya menjalankan ujian saringan pertama di KLIA2 dan dipakaikan gelang merah jambu. Sejak hari pertama, saya mengamalkan pengasingan kendiri di rumah.
Pada 30 September, saya menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling Jaya untuk mengetahui keputusan saya. Keputusan ujian saringan pertama saya adalah negatif dan saya dipanggil untuk menanggalkan gelang merah jambu saya keesokan harinya. Malangnya, saya mula mengalami gejala yang berkaitan dengan Covid-19 pada hari tersebut.
Berdasarkan saranan PKD, saya menjalankan ujian saringan kedua pada 2 Oktober dan sambung pengasingan kendiri sehingga saya dimaklumkan keputusannya daripada PKD pada hari ini (5 Oktober).
Pasukan saya juga mengamalkan pengasingan kendiri sejak hari pertama kami kembali. Mereka juga mendapat keputusan ujian saringan pertama yang negatif dan akan menjalankan ujian saringan kedua dalam waktu terdekat.
Saya mohon maaf kepada semua kakitangan Kementerian Kesihatan, sahabat perjuangan, dan semua yang terkesan walaupun semua langkah berjaga-jaga dipatuhi semasa berkempen dan pengasingan kendiri sejak Hari 1. Saya juga menyeru semua yang berkontak rapat dengan saya sejak 14 hari kebelakangan ini untuk menjalankan ujian saringan di klinik kesihatan yang terdekat.
Terima kasih.
LIM YI WEI
ADUN Kampung Tunku
Media Statement
With much regret, I would like to announce that I have been tested positive for Covid-19.
On our return from Sabah on 27 September, I did my first swab test at KLIA2. Since Day 1, I’ve been quarantined at home.
On 30 September, I called Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling to find out my results. They were negative. I was asked to come the next day to remove my bracelet. However, I experienced some symptoms associated with Covid-19.
Upon PKD’s advice, I took a 2nd swab test on 2 October, and continued self-quarantine until I received the news from PKD today (5 October).
My team has also self-quarantined since Day 1. They have tested negative on their 1st swab test and will be doing a 2nd test.
I apologise to all Ministry of Health (MOH) staff, my colleagues and all who are inconvenienced, despite all precautions taken and self-quarantine since Day 1. I also urge all who have been in contact with me for the last 14 days to do screening at the nearest health clinic.
Thank you.
LIM YI WEI
ADUN Kampung Tunku