PKPB seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya bermula 14 Oktober

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB ) dikenakan semula ke atas Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober sehingga 27 Oktober ini.

Perkara itu diputuskan oleh Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakub, PKPB itu terpaksa dilaksanakan selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Goabak dan daerah-daerah lain.

“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam,14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

“Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah sepertiberikut. Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan.

“Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan,”

Beliau berkata demikian dalam satu sidang video secara langsung dari rumahnya sebentar tadi.

Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan manakala semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.

“Masjid dan rumah ibadat bukan Islam juga ditutup. Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan, pertunangan adalah tidak dibenarkan.

“Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajayamasih dibenarkanberoperasi seperti biasa,”

Negara menyaksikan gelombang covid-19 ke tiga yang bermula di Sabah ekoran pilihanraya negeri yang diadakan pada bulan lepas. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: