Anwar tidak serahkan senarai nama MP yang menyokongnya seperti didakwa – Istana Negara

Kenyataan dari Istana Negara hari ini berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengemukakan senarai nama ahli-ahli Dewan Rakyat yang menyokong beliau kepada YDPA seperi yang didakwanya.

“Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau. Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut”

Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam perlembagaan persektuaan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, merangkap Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara.

Terdahulu dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel pada jam 2 petang , Dato Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah mempersembahkan kepada YDPA mempersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan ahli-ahli parlimen yang menyokong beliau.

Sebagaimana saya janjikan pada sidang akhbar 23 September yang lalu, saya telah tunaikan hari ini dengan memempersembahkan kepada YDPA dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan ahli-ahli parlimen menyokong saya. – Anwar Ibrahim

Oleh itu, beliau yang juga presiden PKR itu memohon semua pihak untuk memberi ruang dan masa kepada YDPA untuk mengesahkan perkara itu mengikut lunas perlembagaan dan budi bicara tuanku dengan memanggil ketua-ketua parti politik.

“Saya pohon semua pihak memberikan ruang dan wewenang kepada YDPA menjalankan tanggungjawab mengikut lunas perlembagaan dan juga budi bicara tuanku utk menelaaah dokumen dan dalam satu dua hari ini memanggil ketua-ketua parti mengesahkan dan juga mendapatkan input dan pandangan sebaiknya

Anwar Ibrahim

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: