KENYATAAN MEDIA BERSAMA PRESIDEN AMANAH DAN SETIAUSAHA AGUNG DAP
14 OKTOBER 2020
Kami telah dititah untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari Rabu, 14 Oktober 2020 untuk YB Lim Guan Eng dan pada hari Rabu, 21 Oktober 2020 untuk YB Haji Mohamad Bin Sabu.
Namun, semalam Setiausaha Sulit Kanan Baginda telah memaklumkan kepada kami bahawa kedua-dua sesi menghadap Tuanku telah ditangguhkan.
Kami menjunjung titah dan mendoakan agar DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan.
YB Haji Mohamad Bin Sabu
Presiden, Parti Amanah Negara
YB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung, Parti Tindakan Demokratik (DAP)
More Stories
Langgar SOP: Akhirnya Neelofa mohon maaf
Bicara kes rog0l Paul Yong : “2 kesan koyak pada selaput dara mangsa” – Pakar O&G
Audio perbualan : “Saya nafikan sekeras-kerasnya, ini percaturan politik jijik dan jahat! ” – Zahid