Jangan emosi: UMNO, PAS, PPBM kembali semula ke ‘drawing board’- Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 27 Feb -- Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa bercakap ketika sidang media selepas pertemuan khas di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Oleh : Annuar Musa

Mungkin ada asas tertentu yang menyebabkan umno mahu mengkaji semula kedudukannya dalam kerajaan Perikatan Nasional.


UMNO dan BN berhak menyemak kedudukannya dari semasa ke semasa dan tidak mustahil melalui semakan itu kerajaan PN itu boleh di perkasakan lagi menerusi muafakat yang lebih tersusun, lebih bersefahaman.


Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dalam semua tindakan. dahulukan kepentingan rakyat.


Kita perlu stabilkan politik negara. kita juga perlu perkuatkan perpaduan melayu,iaitu asas kestabilan politik negara. UMNO, PAS PPBM sama sama bertanggung jawab mewujudkan perpaduan tersebut.


Politik negara perlu di stabilkan dan keutamaan mesti ditumpukan menyelamatkan nyawa rakyat dan mengekang pandemik covid19.

Memulihkan ekonomi negara, meringankan beban hidup rakyat serta jadikan malaysia sebuah negara berjaya (bukan “a failed state” atas apa juga sebab)


Tidak salah untuk UMNO, PAS dan PPBM kembali ke “drawing board” politik agar kita dapat melakar sesuatu yang lebih baik untuk malaysia.


Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak.


Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yang boleh menimpa rakyat dan negara kita.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan setiausaha agung Barisan Nasional. -Editor.



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version