Surat MP UMNO sokong Anwar palsu, berniat jahat – Setiausaha Kerja UMNO

KENYATAAN SETIAUSAHA KERJA UMNO MALAYSIA

Merujuk kepada surat yang tular di media sosial berkenaan sokongan Presiden UMNO kepada salah seorang pemimpin Parti Pembangkang sebagai Perdana Menteri ke 9.

Di sini saya ingin menegaskan bahawa Pejabat Presiden tidak pernah mengeluarkan surat ini.

Saya dan Pegawai Pejabat Presiden yang selalu bertanggungjawab sediakan segala surat menyurat dan juga letter head tidak pernah dikeluarkan tanpa no rujukan.

Penyebaran kononnya surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jahat bertujuan untuk merosakkan imej Presiden Umno.

Dato Mohd Sumali Reduan
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10213645795537557&id=1784148514

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.