Najib sahkan cadang UMNO kerjasama dengan Anwar, tapi tanpa DAP.

Kuala Lumpur, 26 Oktober: Penasihat Barisan Nasional merangkap ahi parlimen UMNO Pekan mengesahkan beliau memberikan cadangan supaya UMNO bekerjasama dengan parti PKR pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah, dengan syarat tanpa melibatkan parti DAP.

UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah. Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.

Dato Seri Najib Razak

Beliau turut mempersoalkan mengapa UMNO tidak boleh menjalankan kerjasama dengan Anwar kerana sebelum ini parti tersebut boleh menjalin kerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu,walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh UMNO.

Walau bagaimanapun, katanya perkara itu itu merupakan cadangan kedua beliau jika cadangan pertamanya, iaitu “mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas Covid terkawal “ tidak diluluskan,

Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMNO disalahkan pengundi.

Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa.

Dato Seri Najib Razak

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu, beliau bersama ahli-ahli parlimen BN menghadiri satu mesyuarat di PWTC bagi membincangkan hala tuju parti setelah YDP Agong menolak cadangan perdana menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Sebelum ini tular di media sosial satu surat yang didakwa ditandangani oleh Zahid Hamidi dan Najib Razak yang menyatakan ahli parlimen UMNO menyokong Anwar sebagai PM kerana hilang kepercayaan terhadap Muhyidin.

Walau bagaimanapun, setiausaha kerja UMNo berkata surat tersebut adalah palsu. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.