Langgar SOP Covid-19 : “Saya serahkan kepada polis dan pendakwa untuk tentukan tindakan”

Assalamualaikum dan Selamat Malam

  1. Saya telah dipanggil untuk memberi keterangan di IPD Sepang berkenaan isu pelanggaran SOP PKPB.
  2. Saya telah hadir dengan peguam saya, Syahredzan Johan.
  3. Keterangan saya telah dirakam dan saya telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.
  4. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan Pendakwa Raya dalam menentukan tindakan yang akan diambil terhadap saya.
  5. Saya berharap apa-apa tindakan yang akan diambil adalah adil dan saksama, dan tanpa layanan berbeza walaupun saya seorang wakil rakyat.
  6. Saya kesal dan sekali lagi memohon maaf di atas apa yang berlaku.

Young Syefura Othman
10hb November 2020



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: