KWSP RM10K : Laman FB MOF padam hantaran perbandingan dengan Australia

Laman facebook kementerian kewangan Malaysia memadam hantaran mengenai mengapa Australia membenarkan pengeluaran simpanan persaraan ahli, setelah mendapat kecaman hebat dari netizen.

Pada hantaran itu, disertakan 4 poster kononnya ia merupakan pencerahan isu pengeluaran akaun 1. Berikut merupakan 4 poster yang  telah di padam tersebut.

Kredit FB Kementerian Kewangan
Kredit FB Kementerian Kewangan
Kredit FB Kementerian Kewangan
Kredit FB Kementerian Kewangan
Hantaran mendapat kritikan dan troll dari netizen serta menerima lebih 2k emoticon marah.

Sejak beberapa minggu yang lalu, pelbagai pihak mendesak supaya pengeluaran dari akaun 1 KWSP secara one-off sebanyak RM 10k dibenarkan.

Walau bagaimanapun , menteri kewangan Tengku Zafrul pada pembentangan bajet 2021 di Dewan Rakyat pada minggu lalu hanya menyentuh pengeluaran bersasar oleh ahli sebanyak RM500 sebulan selama setahun.

Bajet itu dikritik oleh beberapa Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan juga pembangkang.

Najib Razak  yang baru dilantik sebagai pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC), memberi kata dua kepada kerajaan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional hanya akan menyokong bajet tersebut sekiranya pengeluaran wang off rm10k dari akaun 1 KWSP dibenarkan dan moratarium dilanjutkan sehingga Jun tahun depan diluluskan. 

Manakala ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata dasar pengeluaran akaun 1 KWSP perlu diteliti semula dan diperluaskan supaya mencakupi golongan yang ketika ini berdepan dengan tekanan kewangan susulan pendemik covid-19

Sekiranya bajet 2021 ini tidak mendapat kelulusan parlimen, kerajaan Perikatan Nasional berisiko untuk tumbang kerana ia sekaligus memberikan isyarat bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Kerajaan Perikatan Nasional ketika ini hanya mempunyai majoriti sebanyak dua ahli parlimen. – Buletin TTKM –

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.