Kuala Lumpur, 18 November: Timbalan menteri belia dan sukan, Senator Wan Ahmad Fayshal atau lebih dikenali sebagai Mat Jargon berkata ramai salah faham dalam mengkritik beliau berkenaan isu “pengampunan hutang” dan “penciptaan wang” yang dikupasnya tempoh hari dalam siaran BFM.
Tambahnya lagi, tajuk tersebut adalah teknikal dan perlu perbincangan lanjut dan asas tentang asal usul wang, dan perbankan moden.
“Kalau tidak jelas, maka jadilah andaian-andaian palsu kononnya akan berlaku hiper-inflasi seperti Zimbabwe. Ini tidak tepat seperti yang dijelaskan dalam makalah yang diterangkan oleh Biro Ekonomi Armada Nasional di bawah. Silakan baca untuk fahami lebih lanjut.” – Wan Ahmad Fayshal
Berikut merupakan ‘makalah’ yang disertakan beliau:
Pada temuramah dengan stesen radio BFM dua hari lepas, Mat Jargon menggesa supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.
katanya ia boleh dilakukan dengan melupuskan hutang untuk membantu rakyat menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencetak wang dan memberikannya terus kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.
Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.
Wang helikopter merujuk kepada dasar mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan. – Buletin TTKM-
kan dahsyat jika seseorang tidak belajar masa muda?