Ku Li sahkan tidak hadir perbahasan Bajet 2021

Gua Musang, 23 Nov: Ahli parlimen UMNO Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan tidak akan turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2021 selagi Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun tidak membenarkan keabsahan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibuktikan.

Beliau berkata demikian dalam satu surat yang dihantar kepada Speaker dewan rakyat, yang disiarkan di laman facebooknya pagi tadi.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menyatakan sama ada akan turut serta atau tidak sewaktu pengundian bajet tersebut dilakukan.

Sebelum ini, sokongan ahli parlimen terhadap Muhyidin Yassinadalah 112 daripada 222 ahli Parlimen.

Walaupun begitu, kini hanya ada 220 ahli Parlimen berikutan kematian seorang ahli Parlimen kerajaan dan seorang ahli Parlimen pembangkang.

Sekiranya Tengku Razaleigh tidak menyokong bajet tersebut, jumlah sokongan yang dimiliki Muhyiddin tinggal 111 orang.

Pada masa sama, sejumlah ahli Parlimen Umno – yang merupakan sebahagian daripada kerajaan PN – turut mengkritik Belanjawan 2021 dan membayangkan tidak semestinya akan menyokongnya.

Pengerusi  Kelab Penyokong BN (BNBBC), Dato Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan di dalam dewan bahawa sokongan BN terhadap bajet tersebut adalah bersyarat, iaitu bergantung kepada kelulusan pengeluaran RM10k secara one off dari akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman sehingga Jun tahun depan.

Pengundian Belanjawan 2021 dijadualkan akan berlangsung paling awal pada khamis, 26 Nov ini.

Sekiranya semua ahli Parlimen hadir dan undian dibuat berdasarkan parti, kehilangan sokongan dua ahli Parlimen kerajaan sudah cukup untuk menggagalkan Belanjawan 2021 sekaligus ia akan membayangkan Muhyidin sudah kehilangan kepercayaan ahli parlimen.

Manakala jika Bajet tersebut diluluskan, ia juga boleh dibayangkan sebagai “undi percaya” terhadap beliau. – Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.