Tun Faisal kantoi, webcache google sahkan berita Awani dipadamkan.

Kuala Lumpur, 25 Nov: Bekas ketua pengarah strategik JASA, Tun Faisal kantoi memfitnah laman facebook TTKM kononnya laman troll tersebut menyunting laporan Astro Awani bertajuk “Kenyataan Annuar ‘UMNO parti yang kalah’ satu kejujuran politik’ – Tun Faisal”.

Hasil carian Buletin TTKM di webcache google mendapati salinan berita tersebut masih disimpan di server google di sini : https://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:dWn-l1lBB4kJ:https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-annuar-umno-parti-yang-kalah-satu-kejujuran-politik-tun-faisal-269691 .

Tangkap layar Google webcache.


Menurut Google Webcache, ianya di’snap shot’ pada 23 Nov 2020 03:40:58 GMT.

“This is Google’s cache of https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenyataan-annuar-umno-parti-yang-kalah-satu-kejujuran-politik-tun-faisal-269691. It is a snapshot of the page as it appeared on 23 Nov 2020 03:40:58 GMT. The current page could have changed in the meantime.” – Google.


Buletin TTKM mendapati laporan asal itu telah dipadamkan dari laman Astro Awani yang kemudian ditukar tajuk kepada “Annuar hanya mempertahankan kejujuran politik- Tun Faisal” .

Buletin TTKM turut menghubungi wartawan Astro Awani yang menulis laporan asal tersebut dan beliau turut mengesahkan laporan itu dipadamkan kerana “salah title, kurang tepat”.

Ditanya sama ada Astro Awani ada mendapat panggilan dari pihak tertentu supaya memadam laporan itu, beliau berkata perkara tersebut tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, Tun Faisal yang juga merupakan setiausaha akhbar menteri wilayah persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menuduh TTKM menyunting tajuk laporan Astro Awani. Beliau melakukan tuduhan tersebut dalam tiga hantaran di akaun facebooknya. Terbaru, beliau mendesak TTKM meminta maaf kononnya ‘buat fitnah guna tajuk berita yang direka-reka”.

Sementara itu, admin facebook TTKM yang dihubungi berkata Tun Faisal seharusnya fokus kepada kerja beliau sebagai setiausaha akhbar menteri Wilayah Persekutuan dan bukannya membuat hantaran propaganda berbaur fitnah.

“Dulu ketika dia pegang jawatan ketua pengarah JASA, ternyata sudah gagal perabih boreh. Sekarang dah dapat kerusi empuk jadi SUA menteri, sibuk pula nak buat propaganda. Sekiranya propagandanya berkualiti, masih dikira OK, tetapi propaganda murahan apatah lagi memfitnah begini bukan sahaja memalukan beliau, tetapi UMNO dan juga menteri wilayah persekutuan turut terpalit. ”

– Neo, admin FB TTKM.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version