Bajet 2021 peringkat polisi diluluskan undi suara, syarat pengeluaran KWSP dilonggarkan.

Dewan rakyat, 26 November: Belanjawan 2021 akhirnya diluluskan melalui undi suara di Dewan Rakyat hari ini pada jam 3.24 petang.

Cubaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang mahu pengundian dibuat secara belah bahagi  tidak kesampaian apabila cadangan itu gagal mendapat sokongan sekurang-kurangnya 15 ahli parlimen.

Mahfuz ketika itu dilihat berdiri kesipuan sambil menoleh kebelakang, kiri dan kanan menunggu jumlah tersebut dicapai.

Ketika kiraan dibuat oleh kakitangan Dewan Rakyat, hanya 13 ahli parlimen yang berdiri untuk menyokong cadangan beliau

Pengundian hari ini merupakan kekangan pertama yang perlu dilalui belanjawan kerajaan Perikatan Nasional kerana selepas ini ia akan dibawa ke peringkat jawatankuasa untuk dibahaskan sebelum ia sekali lagi diundi sebelum diluluskan.

Sokongan ahli parlimen terhadap bajet ini dilihat dibuat selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan beberapa peruntukan tambahan termasuk kebenaran mengeluarkan wang dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang lebih longgar syaratnya.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kini pencarum yang berdepan pemotongan gaji, atau tidak dapat mencari pendapatan tambahan menerusi kerja lebih masa (OT) turut boleh membuat permohonan.

Mereka yang bukan lagi pencarum aktif atau bekerja di sektor tidak rasmi yang terkesan juga dibolehkan membuat pengeluaran.

Pencarum yang sebelum ini boleh membuat pengeluaran sehingga RM9,000 pula dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM10,000.

“Tunjuk saja bukti hilang pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT , atau pengurangan pendapatan bagi yang bekerja sendiri,”  – Tengku Zafrul.

-Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.