Krisis Perak tamat : Umno, Bersatu dan PAS calonkan Saarani sebagai MB Perak

Krisis pembentukan kerajaan negeri Perak berakhir hari ini apabila ketiga-tiga parti iaitu UMNO, Bersatu dan PAS menamakan Saarani sebagai calon tinggal menteri besar Perak.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangi oleh setiausaha ketiga-tiga parti itu berkata, pengerusi Barisan Nasional, Dato Zahid Hamidi menyampaikan permohonan maaf bagi pihak adun-adun Barisan Nasional di atas kekhilafan yang berlaku.

“Atas semangat pemuafakatan Perikatan Nasional, ketiga-tiga parti telah bersetuju untuk mencadangkan YB Dato’ Haji Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu untuk diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak.”


“Perbincangan hari ini juga telah mencapai kata sepakat mengenai pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri.Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional di negeri Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.”

Krisis politik negeri Perak tercetus apabila bekas menteri besar, Faizal Azumu hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri apabila tewas dalam satu usul undi percaya.

Beliau hanya memperoleh 10 undian, berbanding 48 yang menolak usul tersebut termasuk 24 adun UMNO. – Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.