Nama kini ditukar: “STADIUM MINI KUALA NERANG” – Kelab Bola Sepak KN Kiara

Kenyataan Kelab Bola Sepak Kuala Nerang Kiara:

Kelab Bolasepak KN Kiara (No. Pendaftaran : C-KDH-08606) diberi kepercayaan untuk menguruskan dan menyelenggara Mini Stadium FFRIRA MIKAH KUALA NERANG mulai 1 Disember 2020.

Majlis Penyerahan Mini Stadium oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pihak KN Kiara Football Club diadakan pada 7 Disember 2020 lalu.

Mini Stadium ini adalah milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan disewakan kepada pihak KN Kiara Football Club bagi tujuan menjalankan program pembangunan bola sepak akar umbi serta pelbagai aktiviti sukan bola sepak.

Soal NAMA Mini Stadium FFIRA MIKAH & urusan menaiktaraf Mini Stadium tersebut adalah urusan Pihak PBT. Pihak KN KIARA FOOTBAL CLUB sebagai PENYEWA hanya menerima AMANAH dari PBT untuk menguruskan MINI STADIUM FFIRA MIKAH tersebut.


Nama MINI STADIUM FFIRA MIKAH yang pelik ini telah di VIRAL seluruh malaysia dan mendapat kecaman dan kutukan dari netizen seluruh Malaysia. Turut diviral oleh Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia yang mempunyai lebih setengah juta folower.

Posting berkaitan Majlis Penyerahan MINI STADIUM FFIRA MIKAH pada Page Facebook KN KIARA Football Club juga menjadi perhatian Netizen setelah di SHARE oleh Fb Tentera Troll Kebangsaan Malaysia. Kini (13.12.2020 07:17 PM) Posting pada Page KN Kiara Football Club telah di SHARE oleh 188 individu di facebook & lebih 65K people reached serta 1.3K komen.

Kini Signboard Nama MINI STADIUM FFIRA MIKAH telah DIGUGURKAN dari Mini Stadium tersebut (12.12.2020 04:00PM).

Papan tandanama Mini Stadium Ffira Mikah diturunkan.

Sehubungan itu KN Kiara Football Club selaku PENYEWA Stadium Mini tersebut juga MEMUTUSKAN untuk TIDAK menggunakan nama FFIRA MIKAH untuk apa-apa tujuan dan promosi.

Buat sementara pihak kami menyebut sebagai STADIUM MINI KUALA NERANG sehingga mendapat MAKLUMAN TERKINI dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Pihak KN Kiara Football Club memutuskan untuk MEMADAM Post yang TERTULIS FFIRA MIKAH

Pihak KN KIARA FOOTBALL CLUB adalah PENYEWA mini stadium tersebut, dan pihak kami menerima seadanya apa-apa NAMA BARU Mini Stadium selepas ini. Moga NAMA Stadium Mini itu nanti akan lebih bercirikan Kawasan KUALA NERANG & Daerah PADANG TERAP (sekadar cadangan).

Cuma dari satu sudut yang POSITIF :-
Bukan senang nak memPROMOSIkan pekan terpencil seperti KUALA NERANG & sebuah kelab bola sepak KN KIARA FOOTBALL CLUB.

Isu NAMA ini telah memPOPULARkan nama pekan kecil KUALA NERANG ini dan mempopularkan Kelab akar umbi bola sepak iaitu KN KIARA FOOTBAL CLUB yang sentiasa berusaha mencari Dana dalam mewujudkan program pembangunan bola sepak yang lebih sistematik & menyeluruh ke arah meningkatkan kuantiti dan kualiti pemain dalam memartabatkan sukan bola sepak di Daerah Padang Terap Khususnya.

Terima kasih kepada semua pihak, Sekian.


Kenyataan ini dinaikkan di laman facebook KN Kiara Football Club semalam.- Editor.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.