Kuala Lumpur, 25 Dis: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH Properties Sdn Bhd, Encik Damanhuri Mahmod memohon maaf berikutan video beliau mengeluarkan kata-kata kesat dalam satu mesyuarat, yang telah tular di media sosial sejak pagi tadi.
“Perlakuan saya tidak mencerminkan nilai syarikat dan saya mohon maaf. Kami akan berusaha untuk berubah ke arah yang lebih positif untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih harmoni bagi warga TH Properties”.
– Damanhuri Mahmod
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat TH Properties Sdn. Bhd.
Dalam kenyataan tersebut juga, TH Properties berasa kesal dengan pengambilan dan penyebaran video mesyuarat yang hanya melibatkan kakitangan pengurusan terpilih ini kerana jelas bertentangan dengan polisi syarikat.
Dalam satu video yang tular di media sosial berdurasi 2:55 itu, Encik Damanhuri Mahmod mengeluarkan kata-kata kesat dipercayai ditujukan kepada konsultan kejuruteraan seperti f**k you, f**king id1ot, but*h, pu****k, dan pale but**.
Video itu dinaikkan oleh pengguna facebook bernama Nabeel Naqie IV dan setakat ini mendapat 1800 perkongsian. – Buletin TTKM-
