April 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kronologi Pendedahan Kartel Daging Sejuk Beku

Oleh : Khairul Azri

23/11/2020. – Pendedahan PPIM dan Sinar

Sinar Harian dan PPIM mendedahkan berlakunya kegiatan kartel sejuk beku daging haram melalui sebuah laporan khas bertajuk: “Awas, aktiviti seludup masuk daging lembu tidak halal”.

Di dalam artikel tersebut telah dilaporkan terdapat syarikat ejen fret (freight forwarder) yang dipertanggungjawabkan menguruskan proses pengimportan daging sejuk beku halal, mengambil jalan mudah mengimport daging sejuk beku dari negara tidak menerima kelulusan sah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

  • Modus operandi:

*Guna ‘orang dalam’ di pintu masuk negara untuk membawa masuk daging dari benua Amerika (Bolivia) menggunakan dokumen palsu.

*Turut mendapatkan bekalan daging sejuk beku yang sememangnya halal dari negara yang diiktiraf Jakim seperti Australia dan New Zealand untuk mengelirukan pihak berkuasa.

*Menyogok sejumlah wang kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengawal selia keluar masuk kontena di pelabuhan.

*Selepas daging sejuk beku tersebut berjaya melepasi pemeriksaan di pelabuhan, daging itu akan dimuatkan dalam lori kontena sebelum dibawa ke sebuah kilang yang dikawal ketat di Selangor. PPIM juga mengenal pasti kegiatan terbabit juga berlaku di beberapa negeri di utara tanah air dan ia dibawa masuk tanpa cop pengesahan, namun berjaya diedar dan dijual di dalam negara.

*Guna pekerja warga asing yang berperanan melakukan kerja pembungkusan semula daging sejuk beku sebelum diedarkan di pasar raya seluruh negara.

*Menghasilkan kotak serta pelekat ketulenan yang serupa dengan pembungkusan daging yang sah halalnya. Sebagai contoh, mereka menghasilkan sendiri kotak dengan jenama daging sejuk beku halal dan pelekat halal berserta logo Jakim.

  • PPIM juga percaya kartel itu juga mengimport daging babi dan lembu serentak dan daging-daging itu disimpan di tempat simpanan sama.
  • PPIM juga memberikan gambaran bahawa ada kemungkinan daging itu dicampur dengan daging dan tulang kangaroo
  • MAQIS melalui Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi memandang serius jika kegiatan itu benar-benar berlaku, namun berpendapat agak mustahil pengimportan seperti itu boleh lepas melalui pintu sah negara kerana pemeriksaan ketat dilakukan Maqis.

“Perkara itu boleh berlaku jika daging sejuk beku ini dibawa masuk melalui jalan tidak sah. Jika tiada sijil halal yang diiktiraf Jakim serta sijil kesihatan veterinar diluluskan, daging berkenaan tidak dibenarkan dibawa masuk.

“Sijil kesihatan veterinar amat penting untuk memastikan loji sembelihan di luar negara itu adalah bersih dan sah,” katanya.

  • Setakat ini Maqis tidak menerima aduan secara rasmi lagi, namun jika ada maklumat siasatan dibuat segera dengan kerjasama agensi penguat kuasa berkaitan.

[1][2][3]
.


24/11/2020 – MAQIS cabar lapor SPRM

MAQIS mencabar mana-mana pihak untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mengesyaki sebarang ketirisan yang dilakukan pegawai dan anggota jabatan itu susulan dakwaan berlakunya isu penyeludupan daging sejuk beku dari negara yang tidak mendapat status halal serta pengesahan kesihatan.

  • Saiful Yazan Alwi berkata, beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat untuk tampil kepada Maqis bagi menyalurkan informasi berkaitan aktiviti berkenaan.

“Kita hendak tahu perkara sebenar. Saya perlukan informasi berkenaan dakwaan kemasukan daging sejuk beku libatkan kartel dan sebagainya, Ini libatkan makanan halal dan ia boleh menjadikan pengguna panik,”

  • Saiful Yazan berkata, Maqis sememangnya mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di pintu masuk negara bagi kemasukan barang terutama melibatkan makanan seperti daging.

“Pihak kami akan memastikan syarat permit dipatuhi syarikat pengimport termasuklah sijil halal dan sijil kesihatan yang sah. Jika gagal, penahanan akan dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, dakwaan berkenaan isu sedemikian adalah amat berat.

“Mereka yang ada maklumat boleh hantar sendiri kepada saya. Saya cadangkan supaya hantar juga laporan kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Saiful Yazan berkata, beliau juga sudah menghantar wakil pegawainya bertemu dengan pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk mendapatkan maklumat lanjut seperti yang didakwa.

[3] [4]
.


2/12/2020 – Gudang Kartel daging sejuk beku di Senai diserbu

Pembongkaran taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai berlaku.

  • MAQIS mendedahkan hasil risikan jabatan berkenaan kartel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu. – Sama seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan PPIM seminggu sebelum itu.
  • Sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.
  • Maqis masih menyiasat lagi bagaimana daging sejuk beku yang kebanyakannya diseludup dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk,
  • Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
  • Modus Operandi Kartel versi Maqis
    *Mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diseludup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

*Menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.

*Sindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula,

*Menggunakan cap palsu yang digunakan untuk proses pembungkusan semula daging sejuk beku, cap logo berkenaan ditempah dari sebuah premis percetakan di Ulu Tiram dan ada juga pembuatan pelekat yang dihasilkan sendiri di gudang berkenaan,

*Daging-daging terbabit akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan dan akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong.

*Daging atau organ dalaman tersebut akan dimasukkan di dalam kotak sebelum ditampal dengan pelekat serta dicap dan dilabel seakan-akan daging terbabit adalah halal.

*Daging ‘halal’ yang siap dibungkus semula kemudian akan diletakkan di peti simpanan bersuhu -18 darjah celcius. Malah ia juga dicampur dengan susunan daging lain yang memiliki sijil halal yang sah.

*Ada daging yang sah dan tidak sah. kalau daging itu halal, tidak akan ada proses pembungkusan semula

*Kerja-kerja pembungkusan itu dilakukan beberapa pekerja warga Bangladesh.

  • Maqis memandang serius perkara ini dan tindakan undang-undang berkaitan serta akan bekerjasama dengan KPDNHEP untuk tindakan selanjutnya.
    .

[5] [6]


4/12/2020 – Gudang tiada sijil halal, campur daging babi dan daging seludup

Pihak berkuasa mendedahkan gudang haram yang dikenakan tindakan sita dalam serbuan pihak berkuasa pada 2/12/2020 bukan sahaja membungkus semula daging sejuk beku dari sumber yang tidak sah malah turut menerima kemasukan daging babi di situ.

  • Siasatan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menemui resit penghantaran pesanan (delivery order) bagi membawa keluar organ dalaman iaitu perut babi daripada premis berkenaan yang bertarikh 5 November 2020.

-JAINJ juga mengesahkan, gudang pembekal daging sejuk beku di Senai, di sini tiada pemilikan sijil halal yang sah. JAINJ mendapati syarikat terbabit memalsukan kotak, pelekat dan logo halal sekali gus status daging yang terdapat di gudang terbabit adalah diragui.

  • JAINJ juga menjumpai beberapa kotak berisi organ dalaman iaitu organ perut yang dipercayai menggunakan logo halal palsu.
  • Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) pula mendapati terdapat daging sejuk beku membabitkan daging itik dan kaki angsa.
  • Dipercayai daging itik itu dibawa masuk dari Perancis manakala terdapat daging-daging sejuk beku yang lain dibawa masuk dari negara seperti United Kingdom, Itali, Belgium dan Sepanyol berdasarkan tag dan label pada kotak.
  • Pemeriksaan lanjut MAQIS juga mendapati gudang berkenaan memiliki beberapa penama syarikat yang mencurigakan. Salah satu nama syarikat terbabit mengaitkan nama pengusaha industri buah-buahan.

“Dipercayai ia adalah sebagai dummy. Kita juga dapati alamat syarikat yang tertera menggunakan alamat rumah, alamat syarikat lain serta alamat tidak wujud,” katanya.

  • Pihak berkuasa memantau 24 jam gudang kartel daging sejuk beku berkenaan bagi mengelakkan bahan bukti utama tersebut hilang atau dilarikan kumpulan sindiket berkenaan.
  • Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan menerima laporan berhubung pembongkaran itu.
    .

[7] [8]

5/12/2020 – KDPNHEP syaki 30 pusat pengedaran daging terlibat

KPDNHEP mengesyaki lebih 30 buah pusat pengedaran mempunyai kaitan dengan gudang Kartel sejuk beku yang digempur pada 2/12/2020.

  • Menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan memberitahu, beliau telah mengarahkan semua cawangan KPDNHEP di seluruh negara untuk melakukan pemeriksaan bersepadu dengan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) terhadap produk daging sejuk beku.

-Surat arahan berhubung perkara itu akan dikeluarkan susulan terbongkarnya taktik menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkusnya semula dengan logo halal.
.

[9]

5/12/2020 – Sinar Harian dedahkan Kartel ciplak tiga jenama daging Australia

Wartawan Sinar Harian mendedahkan ada 3 jenama daging Australia yang telah diciplak oleh kartel digudang di senai berkenaan.

3 jenama berkenaan adalah

  • GBP Australia
  • Ararat Meat
  • 1 lagi tidak didedahkan
  • Wartawan sinar Harian juga berkongsi tempat memproses daging tidak halal oleh kartel dan kotak kotak ciplak yang digunakan untuk membungkus dan cop cop halal palsu

Boleh tonton di sini:
Kartel ciplak tiga jenama daging Australia
https://www.youtube.com/watch?v=qIPOt2DPPhg
.

[10]

21-22/12/2020 – Isu kartel daging meletup – Laporan NST dan SPRM mulakan siasatan buru pegawai kerajaan disogok kartel daging haram

SPRM Negeri Johor sudah membuka kertas siasatan berhubung isu penyeludupan daging import sebagaimana yang dilaporkan dalam media baru-baru ini.

  • Fokus siasatan adalah terhadap isu pemalsuan borang Kastam 1 iaitu pengisytiharan barangan import serta amalan rasuah di kalangan agensi-agensi terlibat.
  • NST mendedahkan sepertimana PPIM hampir sebulan yang lepas pada 23/11/2020 bahawa ada kemungkinan daging diimport kartel dicampur dengan daging kuda dan daging kangaroo.
  • Malah jika ianya adalah daging lembu betulpun ianya adalah daripada kualiti yang rendah ataupun lembu berpenyakit dan dijual kepada pengedar yang tidak mengetahui kegiatan mereka.
  • Kartel membeli daging dengan harga 50% lebih murah daripada rumah sembelih halal dan kemudian dibawa ke Malaysia dan dicampurkan dengan daging yang diiktiraf halal untuk mengelabui mata pihak berkuasa.
  • Sebulan 300-400 kontena berisi 25 tan daging/kontena dari pusat penyembelihan tidak halal ataupun halal yang tidak diiktiraf di bawa masuk ke Malaysia daripada Kanada, Colombia, Ukraine, Uruguay, Spain, Mexico, Bolivia, Paraguay, Hong Kong dan China.
  • Kerajaan kehilangan RM1.5 juta sebulan akibat daripada kegiatan ini, manakala pegawai yang dirasuah di bayar RM150-RM3000 untuk memejamkan mata membenarkan kargo keluar daripada pelabuhan.
  • Manakala pekerja dilapangan pula menerima RM150-500 untuk melepaskan kargo daripada pelabuhan.
  • Lebih mengejutkan NST melaporkan bahawa Kartel dipercayai beroperasi selama 40 tahun dan pegawai kerajaan yang dirasuah diberikan rasuah duit dan seks..
  • 5 jabatan kerajaan yang dihighlight oleh NST – JAKIM, Jabatan Veterinar, MAQIS, KASTAM, Polis perlabuhan.
  • Menteri agama umum akan buat kenyataan media mengenai isu kartel daging sejuk beku esok 23/12/2020
    .

[11][12][13]

23/12/2020 – JAKIM Henti ulas isu daging seludup, biar KPDNHEP siasat – JAKIM

  • JAKIM menasihatkan semua pihak tidak memberi sebarang ulasan dan pandangan yang boleh menjejaskan kredibiliti kes penyiasatan daging seludup yang menjadi kontroversi ketika ini.
  • Sebarang kenyataan berhubung kes itu dikhuatiri secara tidak langsung boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan berupaya menjejaskan pengimport dan pengusaha industri daging negara yang mendapat pengesahan halal yang sah.
  • Komentar yang tidak disertakan dengan bukti kukuh boleh menyebabkan timbulnya isu lain yang dikhuatiri menjejaskan kepercayaan terhadap pensijilan halal Malaysia di peringkat domestik dan antarabangsa
    .
    [14] [15]

24-25/12/2020 – Netizen ‘dedah’ kan jenama-jenama yang dijumpai dikilang.

TAMMAT.

.

Rujukan:
[1]PPIM bongkar aktiviti seludup daging lembu tak halal
https://www.youtube.com/watch?v=kJnRKyCZpUY&t=7s

[2] Awas, aktiviti seludup masuk daging lembu tidak halal
Artikel Penuh :
https://www.ppim.org.my/awas-aktiviti-seludup-masuk-daging-lembu-tidak-halal-sinar-harian-23-11-2020/

https://www.sinarharian.com.my/article/111459/LAPORAN-KHAS/Awas-aktiviti-seludup-masuk-daging-lembu-tidak-halal

[3] Seludup daging sejuk beku: Maqis cabar lapor SPRM
https://www.youtube.com/watch?v=HcQe9_ocd0o

[4] Seludup daging sejuk beku: Maqis cabar lapor SPRM
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/111782/BERITA/Jenayah/Seludup-daging-sejuk-beku-Maqis-cabar-lapor-SPRM

[5] Kartel tukar daging haram jadi hala
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112898/LAPORAN-KHAS/Kartel-tukar-daging-haram-jadi-halal

[6] Pekerja dakwa tidak tahu kegiatan majikan
https://www.sinarharian.com.my/article/112896/LAPORAN-KHAS/Pekerja-dakwa-tidak-tahu-kegiatan-majikan

[7] Gudang kartel proses daging babi
https://www.sinarharian.com.my/article/113228/LAPORAN-KHAS/Gudang-kartel-proses-daging-babi

[8]Polis terima lagi dua laporan kes kartel daging sejuk beku
https://www.sinarharian.com.my/article/113373/LAPORAN-KHAS/Polis-terima-dua-lagi-laporan-kes-kartel-daging-sejuk-beku

[9] 30 pusat pengedaran dipercayai ada kaitan kartel
https://www.sinarharian.com.my/article/113364/LAPORAN-KHAS/30-pusat-pengedaran-dipercayai-ada-kaitan-kartel

[10] Kartel ciplak tiga jenama daging Australia
https://www.sinarharian.com.my/article/113375/LAPORAN-KHAS/Kartel-ciplak-tiga-jenama-daging-Australia

Kartel ciplak tiga jenama daging Australia
https://www.youtube.com/watch?v=qIPOt2DPPhg

[11] Meat cartel ‘bribing government officers’
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/12/651038/meat-cartel-bribing-government-officer

Cartel crackdown: Neither beef, nor halal
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/12/651322/cartel-crackdown-neither-beef-nor-halal

[12] SPRM mulakan siasatan buru pegawai kerajaan disogok kartel daging haram
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/655478/sprm-mulakan-siasatan-buru-pegawai-kerajaan-disogok-kartel-daging-haram?

[13] Religious affairs minister to address meat cartel issue on Wednesday
https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2020/12/651480/religious-affairs-minister-address-meat-cartel-issue-wednesday

[14] JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN
ISU DAGING SELUDUP
http://www.islam.gov.my/media-jakim/kenyataan-media/2731-kenyataan-media-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim-berkenaan-isu-daging-seludup

[15] Henti ulas isu daging seludup, biar KPDNHEP siasat – JAKIM
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/768379/henti-ulas-isu-daging-seludup-biar-kpdnhep-siasat-jakim

Jakim appeals to all parties not to speculate on ‘meat cartel’ issue
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/12/651782/jakim-appeals-all-parties-not-speculate-meat-cartel-issue

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: