Kuala Lumpur, 26 Dis: Kumpulan Allana hari ini memberi jaminan kepada semua penggunanya bahawa status Halal produk daging mereka dijaga rapi dan dipatuhi setiap masa selaras dengan status Allana sebagai syarikat yang sangat bertanggungjawab.
Dihubungi Buletin TTKM, Allana dalam satu kenyataan berkata syarikat tersebut sangat gembira kerana sebuah ‘kartel’ haram di Malaysia telah didedahkan, ini berikutan aspek Halal tersebut adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan.
Tambah kenyataan itu lagi, tiada alasan untuk produk Allana dipalsukan kerana bekalan sentiasa cukup dan harga produknya yang amat berpatutan.
“Kami menyokong penuh hukuman yang paling berat kepada orang yang melakukan kesalahan ini. Yakinlah bahawa tidak ada alasan untuk produk Allana dipalsukan kerana bekalan sentiasa cukup dan harga yang amat berpatutan untuk produk Allana. Kami difahamkan bahawa daging yang murah dari China dan Amerika Selatan (semuanya tidak diluluskan untuk pembekalan daging dan bahgaian dalaman ke Malaysia) telah dibungkus semula sebagai daging lembu premium Australia.”
Kumpulan Allana
Semalam, seorang pengguna facebook, Muhammad Mamzah mendakwa mendedahkan 7 jenama produk daging yang diragui status halalnya berikutan serbuan pihak berkuasa di beberapa gudang. Antara produk yang didakwa beliau adalah termasuk produk Allana.
Berikut kenyataan penuh Kumpulan Allana:
Jenama Allana adalah pelopor untuk mengeksport daging dari India, sejak tahun 1969, lebih 51 tahun.
Allana adalah pengeluar daging Halal terbesar di dunia.
Alhamdulillah, Kumpulan Allana dimiliki dan diuruskan oleh sebuah keluarga Muslim terkemuka, dan hari ini dalam generasi ke-6. Kami mengeksport daging ke lebih dari 70 negara dan merupakan jenama popular di negara-negara ini kerana kualitinya. Daging Allana banyak digunakan di Indonesia, Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Dubai dan lain-lain.
Loji penyembelihan Allana diluluskan oleh DVS, JAKIM dan KKM Malaysia dan pada masa ini semua Loji penyembelihan yang dimiliki telah diakreditasi sepenuhnya oleh Malaysia. Daging diperiksa dan dijual kepada pengimport Malaysia yang sudah lama kita kenali.
Terdapat kebolehkesanan (traceability) penuh untuk setiap kontena yang tiba ke Malaysia, dari pengimport ke pemborong kerana setiap kotak daging mempunyai kod QR yang dicetak. Pengimport termasuk jenama pemeroses daging terkemuka Ramly Food Processors yang telah menjalin hubungan dengan kami selama lebih dari 25 tahun.
Allana Group turut mempunyai perkongsian dalam perniagaan minyak sawit dengan Felda dan Tabung Haji.
Kami ingin memberi jaminan kepada semua pengguna jenama kami mengenai status Halal produk yang di jaga rapi dan dipatuhi setiap masa selaras dengan Allana sebagai syarikat yang sangat bertanggungjawab,
Berkaitan dengan perkembangan terbaru di Malaysia mengenai daging, kami sangat gembira kerana sebuah ‘kartel’ haram telah didedahkan, kerana aspek Halal tidak boleh dikompromikan. Kami menyokong penuh hukuman yang paling berat kepada orang yang melakukan kesalahan ini.
Yakinlah bahawa tidak ada alasan untuk produk Allana dipalsukan kerana bekalan sentiasa cukup dan harga yang amat berpatutan untuk produk Allana. Kami difahamkan bahawa daging yang murah dari China dan Amerika Selatan (semuanya tidak diluluskan untuk pembekalan daging dan bahagian dalaman ke Malaysia) telah dibungkus semula sebagai daging lembu premium Australia.
Kumpulan Allana
Statement in English:
The Allana brand is the pioneer for meat exports from India, since 1969, 51 years Allana is the world’s largest producer of Halal meat. Alhamdulillah, The Allana Group is owned and managed by a prominent Muslim family, today in its 6th generation. We export meat to more than 70 country and is a popular brand in these countries due to its quality. Allana meat is widely consumed in Indonesia, Malaysia, Egypt, Saudi Arabia, Dubai etc. Allana abattoirs are approved by DVS, JAKIM and the MoH of Malaysia and currently all abattoirs owned are being fully accredited by Malaysia. Meat are inspected and sold to Malaysian importers whom we have been dealing with for a long time. There is full traceability for every container that arrives to Malaysia, from importer to the wholesalers as every carton has a QR code imprinted. Importers includes leading meat processing brand Ramly Food Processors whom we have had a relationship with for more than 25 years Allana Group has partnership in the palm oil business with Felda and Tabung Haji. We would like to assure all our consumers and users of the Halal status of the product which is strictly maintained and adhered to at all times in line with Allana being a very responsible company, In relation to the latest development in Malaysia with regards to meat, we are very happy that the illegal ‘cartel’ has been exposed as the aspect of Halal should never be compromised. We fully support the severest penalty to the wrong doers. Be assured that there is no reason for the Allana product to be counterfeited due to adequate supply and price affordability of the Allana product. We are made to understand that it is the cheaper meat from China and South American (all not approved for supply of meat and offals to Malaysia) that has been repacked as expensive premium Australian beef.
-Buletin TTKM-