JAKIM UMUM PELAN TINDAKAN MENANGANI ISU DAGING SELUDUP

KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN PELAN TINDAKAN MENANGANI ISU DAGING SELUDUP

1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menginsafi isu daging import yang berlaku ketika ini.

Justeru, tindakan segera telah, sedang dan akan diambil seperti yang berikut:

a) Perbincangan serta mesyuarat dengan pihak yang terbabit sudah dan akan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

b) Lawatan ke rumah sembelihan dan pusat pengumpulan daging import akan terus digiatkan.

c) Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaru dengan penambahbaikan sedia ada akan dimuktamadkan pada Januari ini.

2) Sehubungan itu, dilampirkan Pelan Tindakan Menangani Isu Daging Seludup untuk makluman.

3) JAKIM berharap industri daging import dan tempatan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan menggalakkan untuk membuat permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) agar tiada lagi isu yang terkait dengan penyeludupan daging haram serta daging yang tidak berlogo serta yang tidak diiktiraf oleh JAKIM.

4) Sekali lagi kami menegaskan yang kami akan melaksanakan tugasan dengan penuh amanah, pantas dan berintegriti.

Sekian, terima kasih.

DATUK ABDUL AZIZ BIN JUSOH

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Menjalankan tugas Ketua Pengarah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 29 Disember

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.