Kartel daging: Media arus perdana sebar berita palsu?

FAKE NEWS

Oleh : Nome Cob Nobbler

Antara salah satu cara media massa untuk bertahan selepas revolusi internet mengubah cara manusia menyampaikan maklumat, ialah dengan cara clickbait, iaitu dengan meletakkan tajuk berita yang bersifat provokatif dan berita yang misleading dari cerita asal.

Contohnya dengan apa yang dibangkitkan oleh Muhamad Harris Nasril tentang berita yang diterbitkan oleh News Straits Times (NST) tentang 40 tahun supply daging import kita dicampur daging kuda, babi dan kanggaroo.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158705529543592&id=716388591

Dan semalam Dewan Negara menerusi seorang Senator telah menjawab bahawa menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengesahkan tidak ada perkara seperti yang dilaporkan dalam akhbar NST.

Sementara hujah Harris ialah revolving around that issue, tujuan aku tulis tulisan ini ialah menerangkan bagaimana postmodernity telah mengubah cara manusia consume berita, dan bagaimana media corporate giants macam NST untuk terus survive dalam competition penyebaran maklumat.

Pada zaman moden dahulu, penyebaran maklumat dilakukan melalui akhbar, radio dan kemudiannya televisyen.

Untuk mencetak akhbar yang mempunyai edaran naskhah ratusan ribu, atau mungkin juta macam Harian Metro, kos untuk print akhbar ialah dalam lingkungan 60 sen masa tahun 2002 dulu kalau aku tak silap, dan mereka menjualnya dengan harga RM1.20.

Bermakna misalnya kalau Berita Harian dapat jual 300,000 akhbar setiap hari, mereka dapat untung RM600,000 sehari, tak termasuk iklan.

Jadi, untuk membuka syarikat akhbar, memerlukan kos yang tinggi dan hanya mampu untuk dilakukan oleh mereka yang berdana besar. Begitu juga dengan radio dan televisyen, yang perlu membayar sekian juta untuk infrastruktur untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada orang ramai, dan mendapat keuntungan daripada iklan.

Apabila internet sudah merevolusi cara penyampaian maklumat, orang yang mahu menyampaikan maklumat tidak perlu modal besar – mereka cuma perlu ada internet dan ada idea apa mereka nak tulis/rakam.

Pada awal era internet, banyak aktivis pembangkang menggunakan mailing list seperti SangKancil Forum oleh MGG Pillai, dan kemudiannya seawal tahun 2000 aku sendiri pun menjadi penulis di Geocities.

Menjelang 2003, WordPress muncul dan ramai orang mula membuat journalistic sendiri tanpa melalui media massa seperti TV3 dan RTM. Era blog pun bermula melalui Blogspot, Xanga, Livejournal, Myspace Blog (aku tulis di sini sekitar 2004-2006 sebelum beralih ke Blogspot tahun 2008 menerusi Teh Tarik Gelas Besar).

Menjelang 2010, teknologi fail video boleh dimuatkan dalam satu memory card membolehkan ramai orang boleh merakam video dan upload melalui phone, jadi sejak itu orang hanya rakam video sahaja dan apabila viral, orang dah tahu cerita tu.

Menerusi cara itu, orang persendirian boleh menyampaikan maklumat kepada orang ramai dengan bypass media massa yang dikuasai oleh media corporate giants ni.

Jadi sekitar tahun 2012-2015, bercambahlah banyak portal berita (walaupun Malaysiakini dah mula sejak 90an) dan mereka mengejar perhatian orang ramai untuk click.

Dengan click, mereka dapat menunjukkan pada client iklan yang mereka mempunyai numbers (macam Anwar Ibrahim pulak) yang strong, formidable and convincing untuk para client mengiklankan produk mereka di portal mereka.

Maka perhatian pembaca, iaitu korang – ialah sumber pendapatan mereka. Jadi macam mana nak trigger korang untuk membaca artikel mereka, ialah dengan cara meletakkan tajuk berita yang provokatif dan berita yang misleading untuk mencetuskan perhatian.

Dan cara paling mudah untuk mencetuskan perhatian ialah mencetuskan kemarahan. Kalau tulis berita biasa-biasa je maka takde sape yang berminat untuk klik.

Perkara ini ada dicakap oleh ahli sosiologi, Jan van Dijk (tidak ada kaitan dengan Virgil pemain bola) yang mengajukan teori yang dipanggil network society, di mana masyarakat postmodern tidak lagi berharap kepada sistem kerangka besar seperti media massa, sebaliknya dengan networking mereka.

Contoh, kalau katakan aku follow Harris Nasril dan dia share Tentera Troll Kebangsaan Malaysia kat FB dia, aku dapat baca dan semua followers dia dapat baca. Kemudian aku share, dan semua followers aku dapat baca. Dan kalau ada followers aku share, followers dia pula dapat baca.

Ini dipanggil snowball effect di mana informasi bergerak secara natural dan bukannya melalui satu corporate giant media yang suruh kau telan bulat-bulat maklumat tu.

Jadi disebabkan itu, corporate giants macam NST terpaksa step up the game, dan nampaknya ini sahajalah cara mereka untuk terus dapat revenue – dengan cara menimbulkan kemarahan.

Perkara ni juga berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Presiden Donald Trump cakap media massa ni terpaksa bergantung kepada penipuan untuk survival syarikat mereka, sebab tu mereka terus lapor berita yang mencetuskan kemarahan.

Golongan yang sucker dengan media massa akan terus percaya berita sebab CNN atau NST “dah bertahun melaporkan berita” berbanding Tim Pool atau TTKM yang tak sampai 10 tahun, tapi bagi mereka yang dah cakna, mereka akan ikut pada networking mereka.

For sure journalism sudahpun berubah pada abad ke-21, tapi mindset corporate giants ni masih belum berubah, sebab top leadership mereka masih dari kalangan boomers yang membesar dengan media massa.

Jadi sebab tulah fake news bersebaran macam apa Nabi cakap pada akhir zaman, fitnah berleluasa, memang ni lah yang sedang berlaku.

My thoughts? Terlalu banyak maklumat pun boleh buat serabut kepala juga. So, pilihlah maklumat dengan menggunakan kebijaksanaan yang sendiri.

Teori media dalam politik ada aku kupas dalam Novel Bersiri Nami: Sidang Dewan, novel terbaru yang aku tulis. Follow dan enjoy!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.