Oleh : Raziq Michael
𝐓𝐫𝐚𝐧𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐒𝐔𝐀 𝐁𝐍 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐧𝐧𝐮𝐚𝐫 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐌𝐚𝐬𝐥𝐚𝐧 – 𝐅𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐈𝐬𝐮 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫
Tan Sri Annuar Musa dilantik SUA UMNO selepas kalah jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada DSU Mohamad Hassan.
𝐊𝐞𝐧𝐚𝐩𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤 𝐓𝐒𝐀𝐌?
Apabila kalah 9 Mei 2018 setelah Zahid Hamidi memangku UMNO dari Najib Razak, terdapat sekumpulan MT yang bertungkus lumus bagi hidupkan UMNO. Zahid Hamidi dibantu oleh TSAM, DS Mahdzir Khalid, DS Ismail Sabri Yaacob dan Kunan. Mereka inilah yang membuat pemilihan segera dalam masa 45 hari untuk 191 Bahagian kerana itu adalah alasan pertama untuk mengharamkan UMNO.
Tindakan kumpulan ini ketika itu adalah survival UMNO berbanding ramai yang berkempen untuk diri sendiri. Oleh kerana itulah Zahid Hamidi melantik TSAM. Jasa kumpulan ini haruslah dikenang dalam memastikan UMNO terus hidup.
𝐓𝐒𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐂𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐎 𝐃𝐀𝐏 𝐍𝐎 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑?
Faktnya pada Ogos 2018 semasa Retreat UMNO 3.0 di Janda Baik sudah mula suara untuk memecat TSAM. Langkah paling awal diketuai oleh Dr Noraini Ketua Wanita UMNO. Namun Zahid Hamidi ketika penggulungan telah mempertahankan TSAM dan minta beliau agar bekerjasama erat dengan Ketua Sayap.
Usaha menggantikan TSAM terus kedengaran dari segenap segi. Adakala dari Dato Zahida Zarik Khan Ketua Puteri, adakala dari Naib Presiden. Namun Zahid Hamidi masih istiqamah kerana beliau mengenangkan usaha dan keringat TSAM.
Pernah ada cubaan untuk melantik Hishammudin Hussien bagi menggantikan TSAM semasa Tok Mat Hassan memangku. (https://anotherbrickinwall.blogspot.com/2019/01/hisham-umno-sec-gen-gpnm-as-new-malay.html?m=1)
Tekanan kuat dirasai semasa PRK Tanjung Piai dan Kimanis kerana TSAM telah dilantik sebagai Pengarah Operasi menyebabkan ramai tidak puas hati, namun Zahid Hamidi tenang dan sabar akhirnya menang besar.
Akhirnya BN menjadi kerajaan pada MAC 2020 dan TSAM menjadi Menteri.
Kenapa boleh jadi Menteri? Kerana TSAM adalah SUA UMNO sama seperti Dr Shamsul Anuar Nasahar yang ketika itu Ketua Penerangan.
Malah tindakan pertama adalah Zahid Hamidi adalah mengangkat TSAM sebagai SUA BN dan tempatnya digantikan oleh Ahmad Maslan. Tindakan bagi TSAM membantu sebagai orang tengah ANTARA UMNO dan PM.
Hasilnya?
- PPBM masih kekal usaha cuba haramkan UMNO.
- Akaun UMNO masih dibeku
- Muafakat Nasional masih tidak didaftarkan
- PPBM curi ahli UMNO
- PPBM LETAK CALON BEBAS LAWAN UMNO SEMASA PRN SABAH.
- Bung hampir kehilangan jawatan Menterk JKR selepaa ditipu PPBM.
- PPBM dan PAS tak mahu sokong Saarani sebagai MB Perak.
- Darurat dimohon kepada YDPA tanpa nasihat Parti dalam Kerajaan mengenai pro dan kontra tindakan.
- Moratorium dan KWSP masih tidak ditunaikan.
Maka atas banyak lagi kegagalan, Zahid Hamidi perlu memikirkan seorang SUA BN yang boleh tegas dengan PM. TSAM adalah Menteri Kabinet dan PM adalah Bos beliau, bolehkah beliau tegas dalam desakan UMNO andai masa sama nak minta tandatangan direct nego dengan PM.
𝐏𝐞𝐜𝐚𝐭 𝐓𝐒𝐀𝐌 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐌𝐀𝐇𝐔 𝐃𝐀𝐏 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑?
Ini adalah penipuan dan diversion. Usul 147 Ketua UMNO Bahagian adalah tolak kerjasama dengan PPBM. Tidak ada satu Bahagian UMNO pun dari 189 Bahagian yang bersidang menyebut mahukan Anwar atau DAP.
Dari mana timbul isu ini? Timbul dari geng UMNO pro PPBM yang khuatir hilang projek dan direct nego andai tiada kerjasama. Hilang jawatan Menteri, hilang kuasa dan kemewahan tanpa memikirkan kegagalan Kerajaan PN yang semakin teruk dari PH. Skrip ciptaan PPBM dan kartel semburit hanyalah demi menyelamatkan kerusi empuk mereka menyamun harta kerajaan.
Harus diingat tindakan Zahid Hamidi menggantikan TSAM dengan Ahmad Maslan adalah untuk menyelamatkan beliau. Dalam dewan pagi semalam ada 134 dari 147 Ketua Bahagian UMNO yang hadir. Dari 134 itu, sekurang-kurangnya 100 Ketua Bahagian mahukan Zahid Hamidi memecat TSAM dan ada yang mahu pecat keahlian nya.
Sebaliknya ayat Ayat Zahid Hamidi
“Terima Kasih kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Annuar Musa atas khidmat sebagai SUA BN dan SUA bersama MN.
Tugas tersebut mulai sekarang akan dijalankan oleh SUA UMNO Ahmad Maslan.”
Ada sebut pecat? Ada hina? Berhemah kerana ada jasa TSAM.
Kepada team TSAM seperti Tun Faisal, Subash dan lain-lain. Sudahlah serang kepimpinan UMNO. Anda mendapat hasil di Kementerian Wilayah kerana UMNO. Jika tidak terima kasih sekalipun jangan gigit tangan itu.
Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor