April 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Akaun twitter kami diceroboh pihak tidak bertanggungjawab – SKMM

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dalam satu kenyataan berkata akaun twitter rasminya, @SKMM_MCMC telah “diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab”.

Susulan itu, akaun tersebut telah digantungkan buat sementara waktu.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan hantaran mesej yang mencurigakan, jelik dan bersifat fitnah yang telah dimuat naik melalui akaun berkenaan yang bukan dikeluarkan oleh pihak MCMC”

Kenyataan tersebut dikeluarkan SKMM susulan berdozen ciapan dari akaun tersebut dari tahun 2013 dan 2014 disebarkan kembali di media sosial.

Berikut merupakan beberapa tangkap layar ciapan tersebut:

Sementara itu, seorang pengguna twitter, Nazrui Hakim mendakwa akaun tersebut pada mulanya adalah milik beliau sebelum dijual kepada seorang pengguna twitter @SaidOsem 7 tahun yang lalu.

Pada ketika itu, katanya akaun beliau mempunyai 50k pengikut dan beliau juga tidak memadamkan ciapan-ciapan terdahulu.

Nazrui turut memohon maaf kepada semua yang terlibat berhubung perkara terbabit.

Buletin TTKM mendapati netizen menaikkan kembali ciapan-ciapan lama SKMM itu untuk mentroll agensi terbabit berikutan kenyataan SKMM semalam yang mengingatkan pengguna media sosial untuk menjaga kesopanan dan kesusilaan ketika memberikan pandangan dan ulasan berikutan pengumuman darurat semalam. – Buletin TTKM –

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: