Pemilikan jumlah besar ganja: “Tiada pemimpin armada ditahan”- Armada PPBM

Gambar hiasan

Kuala Lumpur, 22 Jan : Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia berkata tiada dalam kalangan “kepimpinan armada” ditahan kerana pemilikan bahan nartotik seperti yang dilaporkan media.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penerangan Armada, sayap PPBM itu berkata mereka menyerahkan sepenuhnya kepada pihak PDRM untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut lunas undang-undang.

“Armada juga menegaskan bahawa sebarang salah laku di kalangan ahli akan dibawa ke peringkat tertinggi bagi tindakan tatatertib”

Terdahulu, portal Malaysiakini melaporkan seorang ahli sebuah biro dalam Pemuda Bersatu (Armada) telah ditangkap polis pada 20 Jan lalu atas dakwaan memiliki dadah dalam jumlah yang besar.

Tabah portal itu, perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman polis yang enggan dinamakan memandangkan ia masih dalam siasatan.

Menurut sumber tersebut lagi, Polis merampas 1.5 kilogram leraian daun kering disyaki ganja, sembilan pokok ganja, dan sejumlah besar cecair disyaki memiliki kandungan dadah jenis itu.

Turut dilaporkan Malaysiakini adalah polis bertindak setelah mendapat maklumat awam dan menangkap suspek yang berusia 35 tahun di Fraser Business Park di Kuala Lumpur pada tengah hari Rabu lalu, atas kesalahan memiliki barang terlarang.

Susulan tangkapan, polis menyerbu kondominium suspek di Ampang, Selangor pada hari sama.

“Ketika pemeriksaan, polis menemui tujuh pokok dan dua anak pokok ganja. Ada beberapa lagi botol ditemui yang disyaki mengandungi ekstrak ganja.

“Kami juga menemui daun kering ganja dalam beberapa beg plastik dan bekas,” kata sumber tersebut.

Polis turut menahan isteri suspek, 34 tahun, dan seorang warga asing yang disyaki pembantu rumah pasangan itu.

Ketiga-tiganya disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version