Bekas Hakim Negara, Arifin ketuai jawatankuasa darurat, Dr Asri antara ahli

KUALA LUMPUR 9 Feb: Pejabat Perdana Menteri hari ini menyenaraikan nama 19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria antaranya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

Selain Arifin, Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai dan bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.

Empat ahli parlimen kerajaan yang dipilih menganggotai jawatankuasa ini terdiri dari Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Batang Lupar Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd. Dun dan Ahli Parlimen Pasir Puteh Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Manakala tiga ahli parlimen pembangkang pula adalah Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

“Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berperanan untuk menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya.”Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa ini,” kata kenyataan itu.

Muhyiddin memberi jaminan pilihan raya umum akan diadakan selepas jawatankuasa bebas ini memutuskan Covid-19 pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat dilaksanakan.

Berikut merupakan senarai penuh Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021

1. Tun Arifin Zakaria, bekas Ketua Hakim Negara – Pengerusi

2. Tan Sri Samsudin Osman, bekas Ketua Setiausaha Negara

3. Tan Sri Norian Mai, bekas Ketua Polis Negara

4. Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin, bekas Panglima Angkatan Tentera

5. Prof. Tan Sri Dr. Mohamad Taha Arif, bekas Ketua Pengarah Kesihatan

6. Tan Sri Dr. Yahya Awang, pakar bedah jantung

7. Tan Sri Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

8. Tan Sri Dr. R. Palan, Pro-Canselor Universiti Cyberjaya

9. Dato’ Setia Sallehuddin Saidin, bekas Timbalan Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara

10. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis

11. Prof. Datu Dr. Andrew Kiyu Dawi anak Usop, pakar kesihatan awam

12. Tan Sri Sukarti Wakiman, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

13. Tan Sri Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang

14. YB Datuk Sri Rohani Abdul Karim, Ahli Parlimen Batang Lupar

15. YB Datuk Azizah Mohd. Dun, Ahli Parlimen Beaufort

16. YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ahli Parlimen Pasir Puteh

17. YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu

18. YB Anthony Loke Siew Fook, Ahli Parlimen Seremban

19. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.