June 17, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kerajaan dijangka umum i-Sinar tanpa syarat

Kuala Lumpur, 11 Feb :  Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut laporan Astro Awani yang memetik “sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut.”

Tambah sumber Astro AWANI itu, perbincangan masih dijalankan bagi mencari jalan untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

“MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

“Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat,” kata sumber Astro Awani.

Sumber berkenaan turut memaklumkan, mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali.

“Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu,” kata sumber tersebut.

KWSP juga sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Sementara itu, sumber yang sama menafikan dakwaan kononnya pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif KWSP adalah disebabkan tidak selari dengan hasrat MoF.Astro AWANI sedang menghubungi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk mendapatkan pengesahan.

Untuk rekod, ketika pembentangan Bajet 2021, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata tiada syarat dikenakan kepada pencarum asalkan mereka terjejas akibat Covid-19.

“Tidak kira disebabkan kehilangan pekerjaan, atau telah terkurang pendapatan mereka tahun ini ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.
Tanpa mengira ahli tersebut bekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli tersebut aktif ataupun tidak. Selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan dari Akaun 1 KWSP,”
– Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Walau bagaimanapun, perhononan kategori kedua pengeluaran I-Sinar pada 11 Januari menetapkan beberapa syarat di mana pencarum perlu mengemukakan dokumen bukti pendapatan terjejas. Syarat tambahan tersebut mengecewakan pencarum yang berharap tiada syarat dikenakan untuk permohonan tersebut bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi berhubung pandemik covid-19.- Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: