July 24, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Analisis: BN bertanding solo hanya mampu menang 25 kerusi?

𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐡 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐁𝐍 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐨𝐥𝐨 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐏𝐑𝐔𝟏𝟓 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐢 𝟐𝟓 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚?

Oleh : Raziq Mikael

𝟏. 𝐒𝐞𝐧𝐭𝐢𝐦𝐞𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭:
Kesilapan terbesar PN adalah tidak melaksanakan i-Sinar tanpa syarat daripada peringkat awal lagi. Hinggakan rakyat marah dan merendahkan martabat PM di FB page Jokowi. Begitu juga dalam soal moratorium automatik. PN gagal untuk gunapakai langkah populis ini untuk kepentingan politik. Kesannya UMNO-BN dilihat lebih kehadapan dalam menjuarai isu pro rakyat. Hari ini, sebut i-Sinar dan moratorium, hanya pemimpin BN yang muncul dalam fikiran. Jika berdasarkan kepada sentimen rakyat pada masa kini, PPBM nak dapat 5 kerusi pun mustahil.

𝟐. 𝐔𝐧𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐜𝐚𝐡 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝟑 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐫𝐮:
Ini menarik. Saya tak nak analisis dengan menggunakan data PRU14 kerana data ini sudah tidak relevan lagi. Jika wujud 3 penjuru antara BN, PN dan PH maka siapa yang lebih berpeluang untuk menang? Taruhan saya ialah BN. Track record BN lebih kemas daripada PN dan PH. Jika PN letakkan calon PPBM maka selamat tinggallah kepadanya. Calon PAS masih menjadi saingan sengit kepada BN namun jelas bahawa UMNO dan PAS tidak akan bertembung sesama sendiri. Maka, sama ada 2 penjuru atau 3 penjuru atau 6 penjuru sekalipun, BN tetap ada kelebihan untuk menang.

𝟑. 𝐒𝐚𝐛𝐨𝐭𝐚𝐣:
Kita boleh jangkakan akan berlaku sabotaj ketika PRU15 persis apa yang terjadi kepada BN sewaktu PRN Sabah sebelum ini. Calon bebas proksi PN mungkin akan diletakkan untuk memecahkan undi BN. Ini pernah terjadi dan boleh berulang ketika PRU15. Kesannya tetap ada pada BN namun saya jangkakan sangat minimal.

𝟒. 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐏𝐑𝐔𝟏𝟓:
PRU 15 bukan lagi tentang parti atau logo parti. PRU15 akan lebih berdasarkan latar belakang calon itu sendiri. Pengundi kawasan bandar lebih cakna dalam isu ini sementara pengundi luar bandar masih terikat dengan sentimen logo parti. Kemenangan parti kini bukan lagi pada logonya semata tetapi juga siapa calonnya. Jika UMNO-BN mampu ketengahkan calon yang berpendidikan dan cakna masalah rakyat setempat maka BN ada kelebihannya dibandingkan dengan PN.

𝟓. 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐏𝐌 𝐔𝐌𝐍𝐎-𝐁𝐍:
UMNO-BN tidak perlu untuk menamakan calon PM. Ini bukan kerja UMNO-BN. Jika UMNO-BN menang dengan kerusi yang paling banyak sekalipun, adalah menjadi tanggungjawab UMNO-BN untuk mencadangkan beberapa nama lalu persembahkan kepada YDPA. Adalah menjadi tanggungjawab YDPA untuk melantik PM bukannya tanggungjawab parti untuk menentukan siapa PM. Rakyat mengundi memilih wakil rakyat dan bukannya PM. Ini bukan tradisi UMNO-BN. Kerana itu, UMNO-BN tidak pernah pentingkan siapa calon PM. Saya fikir ini juga tidak akan mempengaruhi keputusan PRU.

𝟔. 𝐀𝐩𝐚 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐁𝐍 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭?
Ini saya jangka akan menjadi ‘kingmaker’ sebenarnya. BN, PN dan PH akan masing-masing tawarkan sesuatu kepada rakyat. Rakyat mungkin sudah tidak berminat dengan tawaran PH yang nyata dalam PRU14 mengkhianati rakyat. Sementara apa yang boleh BN tawarkan berbanding PN? BN sudah buktikan track recordnya dalam isu i-Sinar dan konsisten dalam soal menuntut keadilan melibatkan kematian arwah Adib, TH, moratorium automatik dan sebagainya. Sementara PN belum ada satu track record yang baik. Azmin yang gagal sebagai Menteri, Rina Harun yang lagaknya kalahkan model, Saifuddin Abdullah yang gagal dalam soal jaringan akses internet, Radzi Jidin yang hilang fokus dalam soal PdPr. Teruk!

𝟕. 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢:
UMNO-BN tidak perlu risau akan hal ini. Ini bukan sesuatu yang baru buat UMNO-BN. Gerak kerja parti sentiasa tersusun sewaktu PRU. Sementara PPBM ketika ini bergantung sepenuhnya dengan PAS untuk gerak kerja parti. Bayangkan ahli-ahli PAS berkempen untuk Azmin Ali. Parah. Sentimen ini saja sudah cukup buatkan undi Melayu swing kepada BN.

𝟖. 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥:
Andaian bahawa PN boleh menang beratus kerusi hanya dengan kuasai jentera penerangan kerajaan adalah liar dan cetek. Pertarungan yang sebenarnya adalah di media sosial. Siapa yang kuasai media sosial maka parti itulah yang berpotensi memenangi PRU. Ketika ini kelihatan strategi BN dengan isu pro rakyat dalam media sosial sudah pun mewujudkan jurang yang cukup luas antara BN dan PN. Rakyat khususnya pengundi atas pagar sedang memerhatikan PN. Mampu atau tidak dalam mengejar BN. Saya berani kata, PN sudah tidak relevan lagi dalam soal politik digital ini.

𝟗. 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐲𝐮:
PPBM dan PAS sangat gagal dalam menyakinkan bahawa kedua parti ini berupaya melindungi kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Ini adalah ibu segala penentu PRU15! Jika selama 60 tahun UMNO boleh pertahankan kuasa politik Melayu tanpa PAS dan PPBM maka kenapa dalam PRU15 UMNO tidak boleh pertaruhkan perkara yang sama? Soalnya apakah kuasa politik Melayu ini hanya terbela jika 3 parti ini bergabung? Isu kematian arwah Adib pun hanya UMNO-BN yang konsisten menekan kerajaan PN. PN pula tiada apa untuk ditawarkan kepada pengundi Melayu dalam memastikan kuasa politik Melayu terjaga. Ummah boleh disatukan tanpa PPBM! Ini terbukti dalam 7 PRK. Namun disebabkan PAS sibuk dengan mencantum ‘kolam’, akibatnya UMNO terpaksa berjuang sendirian pertahankan kuasa politik Melayu.

𝟏𝟎. 𝐔𝐧𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐝𝐚:
Ini pun menarik untuk dibincangkan tapi saya fikir tidak relevan dalam PRU15 jika PRU diadakan sebelum bulan Julai. PRU sebelum Julai tidak akan menggunapakai daftar pemilih yang melibatkan pengundi muda berumur 18 tahun. Tiada mana-mana parti politik yang bersedia mengambil risiko ini lebih-lebih lagi PAS dan PPBM.

𝟏𝟏. 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 𝐌𝐢𝐧𝐨𝐫𝐢𝐭𝐢
Politik Minoriti ini sukar untuk diramalkan berpihak kepada siapa. Namun, PAS sukar untuk memperolehi undi bukan Melayu lebih-lebih lagi selepas apa yang berlaku di Kedah. Sementara PPBM agak kaku dalam soal menyakinkan pengundi bukan Melayu. Walaupun undi Cina dijangka akan kekal kepada DAP namun tidak boleh dinafikan akan wujud keadaan dimana undi Cina beralih sama ada kepada BN atau PN. Saya jangkakan politik Minoriti dalam PRU15 akan bertumpu kepada BN dalam soal apa yang boleh BN tawarkan kepada mereka.

𝟏𝟐. 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐁𝐍 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠?
Sasaran saya ialah 85-90 kerusi. Kita ada kemampuan tersebut. Namun, siapa calonnya, apa latar belakangnya, gerak kerja parti dan apa tawaran BN kepada rakyat perlu diambil kira. Tapi itu tidak akan menjadi masalah besar buat BN. 𝐌𝐚𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐔𝐌𝐍𝐎-𝐁𝐍 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐥𝐢𝐦𝐮𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐜𝐮𝐛𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐫𝐭𝐢 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐧𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐦𝐦𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐬𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐏𝐁𝐌 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐚𝐟𝐚𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐥𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐭𝐨𝐫.


Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM – Editor.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: