Penangguhan Undi18: “Pengundi akan hukum kamu!”

Oleh: Syed Saddiq

Undi 18 bukan usaha saya seorang.

Undi 18 usaha semua. Kerajaan, Pembangkang, NGOs & orang Muda yang menuntut haknya.

Undi 18 membuka sejarah baru di mana buat pertama kali pindaan perlembagaan yang memulihkan hak mengundi bagi jutaan orang muda, dipersetujui oleh SEMUA parti politik.

Ketika saya mencadangkan dan berkempen kuat mengenainya, ia adalah untuk orang muda, bukan untuk politik.

.Tiba tiba kita dengar alasan COVID digunakan untuk menidakkan Undi 18.

Tidak masuk akal.Pelajar umur 17 tahun boleh dikompaun RM10,000 tetapi tidak “matang” untuk mengundi.

Kerajaan ini tidak mahu orang muda mempunyai suara dalam proses pembinaan negara. Biarkan suara anda didengari! Ia adalah sekarang atau tiada..Dengan alasan COVID, jutaan rakyat Malaysia bakal hilang haknya untuk mengundi.

Saya yakin. Jika kamu merampas hak orang muda (18-20tahun) untuk mengundi, yang berumur 21 tahun ke atas yang boleh mengundi bakal menghukum kamu.

Rakyat Malaysia bijak & pandai.

Kamu mendiamkan hak orang muda,ramai lagi yang akan bangkit untuk lawan.

Kita pernah lakukannya sebelum ini. Kita akan lakukannya lagi. Cukup, cukuplah. -Buletin TTKM-


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.