Tangguh Undi18: ARMADA kesal

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG UNDI18

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kesal dengan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan bebas pelaksana pilihanraya berkenaan penundaan pelaksanaan ‘UNDI18’ dari Julai 2021 ke September 2022.

ARMADA kekal berpendirian bahawa pelaksanaan penurunan had umur pengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun tetap perlu dilaksana seperti yang dirancang.

Walaubagaimanapun ARMADA memahami bahawa SPR perlu meneliti kaedah yang paling sesuai untuk memastikan bahawa kemasukan pengundi baru yang berumur 18-21 dibuat dengan baik supaya tidak timbul kekeliruan pada hari mengundi kelak.

ARMADA juga bersedia untuk menghulurkan kerjasama kepada semua agensi kerajaan yang terbabit demi mempercepat proses tersebut.

Usaha bersepadu semua pihak yang lebih bersasar perlu disertai dengan iltizam politik atau ‘political will’ untuk memastikan pelaksanaan aspirasi UNDI18 ini menjadi kenyataan.

Satu pelan menyeluruh berkenaan rancangan pelaksanaan UNDI18 juga perlu segera dibentangkan kepada khalayak untuk memastikan berlakunya proses semak dan imbang.

WAN AHMAD FAYHSAL WAN AHMAD KAMAL

Ketua ARMADA Nasional Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.