Tangguh Undi18: “Kami terkilan, patut percepatkan proses”- Pemuda PAS.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

#UNDI18 PERLU DILAKSANAKAN SEPERTI YANG DIRANCANG, DENGAN PERSEDIAAN MENYELURUH26 Mac 2021 | 12 Syaaban 1442H1.

Dewan Pemuda PAS Malaysia terkilan dengan kenyataan SPR berkenaan penundaan pelaksanaan #Undi18 kepada September 2022.

2. Memahami bahawa SPR memerlukan lebih masa untuk kemaskini senarai daftar pemilih kerana ianya perlu dilaksanakan bersama pendaftaran pemilih automatik, Pemuda PAS merasakan bahawa usaha ke arah tersebut mesti dilaksanakan dengan segera tanpa berlengah.

3. Pemuda PAS konsisten dengan pendirian bahawa #Undi18 mesti dilaksanakan bersama pendaftaran pemilih automatik mengikut garis masa yang dirancang. Justeru Pemuda PAS menawarkan diri untuk menghulurkan kerjasama dengan semua agensi kerajaan yang terlibat bagi memastikan persediaan menyeluruh dalam mempercepatkan proses ini.

4. Besar harapan kami agar semua anak muda berusia 18 tahun ke atas dapat menjalankan hak dan tanggungjawab sebagai pemilih dalam Pilihanraya Umum akan datang. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan hasrat ini.

YB Senator Ir. Ts. Hj. Khairil Nizam Khirudin

KetuaDewan Pemuda PAS Malaysia#PemudaPAS#MemimpinNegara#IslamMemperkukuhPerpaduan



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: