April 21, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Tangguh Undi18: “Kerajaan PN hina parlimen dan proses demokrasi” – Najib Razak

Oleh : Najib Razak

Kecewa bahawa janji yang diberi dalam parlimen tidak ditepati sebab ianya tak logik untuk kerajaan memerlukan tempoh sepanjang lebih 3 tahun untuk melaksanakan Undi18.

Saya percaya orang muda tidak akan mudah lupa kemungkiran janji ini.

Saya pernah jangka kerajaan PN akan kurang ingin laksanakannya – seperti apa yang saya tulis pada awal bulan:

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157754515560952

Saya percaya kerajaan PN tidak mahu melaksanakan Undi18 sebab mereka percaya majoriti pemuda marah dengan kerajaan pada ketika ini.

Namun, usul Undi18 ini telah diluluskan sebulat suara oleh semua ahli parlimen pada bulan Julai 2019 dan kita diberitahu bahawa ianya akan dilaksanakan selewatnya dua tahun kemudian iaitu bulan Julai 2021 yang semakin menjelang.

Maka kerajaan PN telah terperangkap dan masih terfikir mahu laksanakan ke tidak Undi18 kerana tidak meluluskannya bermaksud penghinaan paling besar terhadap parlimen dan proses demokrasi.

Pendapat saya ialah jika ianya telah diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan atau mana-mana ahli parlimen yang berkecuali, maka Undi18 patut dilaksanakan mengikut jadual yang dipersetujui.

Usul dengan majoriti 2/3 menyokong boleh tukar perlembagaan persekutuan. Ini kan usul dengan sokongan 100% undi secara sebulat suara?

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: