Keahlian Tun Faisal digantung 6 tahun

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian selama enam tahun.

Keputusan itu dibuat Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebentar tadi.

l Berita Harian, memetik Tun Faisal sebagai berkata keputusan yang dibuat Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini belum diberikan secara bertulis.

“Saya hanya dimaklumkan mengenai keputusan ini. Dengar-dengar digantung keahlian UMNO selama enam tahun. Tetapi tidak tahu apa justifikasi MKT di sebalik hukuman ini.

“Kalau ikutkan terma penggantungan ini, semua manfaat sebagai ahli UMNO dilucutkan secara sementara sepanjang tempoh itu,”

Datuk Tun Faisal yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, pada 19 Februari lalu diminta mengemuka surat tunjuk sebab dan diarah hadir ke Tribunal Lembaga Disiplin UMNO, susulan tindakannya membuat kenyataan terbuka menentang Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Arahan untuk menghadiri tribunal pada 25 Februari lalu, bagi menjawab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadapnya, dimaklumkan menerusi panggilan telefon dan WhatsApp oleh Sekretariat Lembaga Disiplin UMNO.

Sebelum ini, Tun Faisal mendakwa Ahmad Zahid sudah hilang kredibiliti dan mengkhianati parti selepas gerakan untuk membawa UMNO menyokong ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali.

MKT UMNO sebelum ini memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP, selain terus mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN), tetapi hanya sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Rata-rata penyokong UMNO mengkritik Datuk Tun Faisal kerana tindakan beliau dikatakan lebih mesra dengan parti PPBM berbanding UMNO.

UMNO dijangka akan memutuskan hubungan dengan PPBM secara rasmi pada perhimpunan agungnya yang sedang dijalankan ketika ini -Buletin TTKM-

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.