April 21, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Polis siasat majlis nikah Neelofa

Kuala Lumpu, 28 Macr: Polis sudah membuka kertas siasatan dan akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa, 32,dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menurutnya, siasatan mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selebriti popular dan ahli perniagaan, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 26, di hotel di sini.

Pasangan itu dinikahkan adik Neelofa iaitu Mohd Aqief Mohd Noor.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Semalam, gambar majlis tersebut yang memaparkan tetamu hadir duduk rapat tanpa penjarakan sosial tular di media sosial.

Laman troll, Tentera Troll Kebangsaan Malaysia turut menaikkan satu hantaran mengenai isu tersebut dan setakat ini mendapat seribu perkongsian dan 5 ribu tanda suka.

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: