Rangkaian francais minuman, Chatime dalam satu kenyataan media di laman facebooknya memaklumkan selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Neelofa dan suaminya terlibat dalam lawatan kerja ke 3 lokasi di Zon Utara membabitkan pembukaan rasmi cawangan baharu Chatime di sana.
“Untuk makluman, Neelofa dan Muhammad Haris sedang menjalankan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara, iaitu Sungai Petani dan Langkawi di Kedah serta Kangar di Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan-cawangan baharu Chatime di zon utara.
“Lawatan ini juga melibatkan beberapa kakitangan daripada Bahagian Operasi dan Pengurusan Chatime Malaysia. Kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperolehi dari balai polis berdekatan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Diharapkan kenyataan ini dapat memberi pencerahan kepada segala kesulitan. Terima kasih,” kata kenyataan tersebut.
Tambahnya lagi, kebenaran merentas negeri ke Langkawi telah diperoleh di balai polis berdekatan mengikut SOP yang ditetapkan.
Hantaran itu walau bagaimanapun dikritik hebat oleh warganet menyebabkan ia kini tidak dapat diakses dipercayai dipadamkan oleh pentadbir laman tersebut.
Terdahulu warganet mempersoalkan tindakan selebriti tersebut merentas negeri dari Zon PKPB ke PKPP yang tidak dibenarkan menurut SOP terkini MKN- Buletin TTKM –

