June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

HENDAK BELANJA APA TANPA KELULUSAN PARLIMEN?

PUTRAJAYA, 11 Mac -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bersama Menteri Kanan-Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua, kiri), Menteri Kanan-Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kanan), Menteri Kanan-Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof (kanan) serta Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kiri) semasa mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama di bangunan Perdana Putra hari ini.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??PUTRAJAYA, March 11 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin (center) with Senior Minister-International Trade and Industry Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (second, left), Senior Minister-Defense Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (second, right), Senior Minister-Works Minister Datuk Seri Fadillah Yusof (right) and Finance Minister Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (left) while chairing the first cabinet meeting in the Perdana Putra today.?--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Oleh :Shahril Hamdan

Pindaan Ordinan Darurat semalam memberikan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri – mengingatkan kita bahawa demokrasi di Malaysia sedang tergendala.

Dari sudut kesahihan dan keabsahan pindaan ordinan ini, tiada pertikaian. Benda sudah berlaku. Kerajaan ada kuasa tersebut dan jelas mereka tidak segan hendak menggunakannya.

Tetapi belum ada sebarang penjelasan apa tujuan mereka “bypass” Parlimen dan DUN?

  • Hendak belanja beli laptop untuk PdPR?
  • Menjamin peluang kerja untuk ratusan ribu anak muda, termasuk yang akan tamat pengajian? Belum jelas apa laporan Majlis Pekerjaan Negara yang agak sunyi dalam KPInya mewujudkan 500 ribu pekerjaan.
  • Menarik pelabur dari Korea Selatan dan Jepun? Bagaimana mengurus keyakinan pelabur yang semakin merudum untuk melabur dalam negara yang menghentikan fungsi semak imbang wakil rakyatnya?
  • Mempercepat pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran automatik?

Meskipun sudah terlepas tanggungjawab prosedur demokrasi berparlimen buat masa sekarang, Kerajaan wajar mengambil tanggungjawab moral untuk sekurang-kurangnya memaklumkan perancangan perbelanjaan tambahan.

Sepatutnya kalau perancangan itu baik, Ahli-ahli Parlimen pun akan luluskan. Tapi sekarang dengan pindaan ordinan, tak perlu takut. “Confirm” boleh belanja.

Maka, jelaskanlah kepada umum apa perancangan perbelanjaan itu. Barangkali Kerajaan boleh mempertimbang komentar dan kritikan membina ke arah penambahbaikan – sepertimana Belanjawan 2021 tempoh hari. Akhirnya, kuasa masih di Kerajaan – tetapi bukalah sedikit ruang akauntabiliti. – Buletin TTKM –


Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Buletin TTKM. Penulis merupakan ketua penerangan UMNO – Editor

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: