Audio perbualan : “Saya nafikan sekeras-kerasnya, ini percaturan politik jijik dan jahat! ” – Zahid

Kuala Lumpur, 7 April : Presiden UMNO, Dato Seri Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya audio perbualan yang tular sejak malam tadi yang didakwa antara beliau dengan Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Dato Seri Zahid Hamidi

Tambahnya lagi, perkara tersebut dilihatnya sebagai “satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO” .

Beliau turut percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.

Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.

Dato Seri Zahid Hamidi

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengarahkan pegawainya untuk segera membuat laporan polis “bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini.

Sejak malam tadi, video berdurasi 4 minit 17 saat yang memaparkan rakaman perbualan telefon audio mirip suara Zahid dan Anwar disebarkan di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Di laman facebook Insider Malaysia, video tersebut setakat ini mendapat 1700 perkongsian dan lebih 100k tontonan. – Buletin TTKM –


KENYATAAN MEDIA

  1. Saya amat kecewa dan terkejut mengenai penyebaran audio yang kononnya merakamkan perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  2. Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai adanya perbualan sebagaimana dalam audio rakaman tersebut, malah ingin ditegaskan tiada sebarang perbualan antara saya dengan Datuk Seri Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
  3. Ini merupakan satu percaturan politik yang jahat dan jijik yang hanya mengesahkan usaha berterusan untuk melemahkan dan menghancurkan UMNO.
  4. Saya percaya lebih banyak lagi permainan keji seperti ini akan dilakukan untuk terus meremehkan dan memusnahkan UMNO.
  5. Sebagai Presiden UMNO, saya tidak akan sesekali mencabuli apatah lagi membelakangi apa jua ketetapan yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO.
  6. Saya telah mengarahkan pegawai saya untuk segera membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan untuk mengenal pasti dalang ‘scheme of thing’ ini.

AHMAD ZAHID BIN HAMIDI

7 APRIL 2021



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: