Bicara kes rog0l Paul Yong : “2 kesan koyak pada selaput dara mangsa” – Pakar O&G

Kuala Lumpur, 7 April: Dr Nilawati Isha, 45, Pakar Sakit Puan dan Ibu Hamil di Hospital Raja Permaisuri Bainun  mengesahkan terdapat dua kesan koyakan baharu pada selaput dara  m@ngsa kes rog0l pembantu rumah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Wahab Mohamed di sini pada Rabu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi, lapor Bernama.

“Daripada pemeriksaan, saya mendapati berlaku k0yakan baharu pada selaput dara, juga terdapat kesan geseran iaitu kesan kemerahan, juga di bahagian paling bawah pada kem@luan,” katanya.

Beliau berkata, koyakan pada selaput dara boleh disebabkan oleh kemasukan objek tumpul atau organ seperti kem@luan lelaki dan jari manakala koy@kan baharu bermaksud ia berlaku dalam tempoh kurang daripada 72 jam ketika mangsa diperiksa.

Katanya pemeriksaan itu dilakukan pada 12.30 tengah malam 9 Julai 2019 manakala kejadian rog0l didakwa berlaku pada 7 Julai 2019 antara 8.15 malam dan 9.15 malam.

Dr Nilawati turut memaklumkan kesan koyakan dan geseran pada kemaluan m@ngsa boleh dihasilkan dengan cara konsensual atau paksaan namun tiada masa spesifik ia boleh berlaku.

Peguambela yang mewakili Paul Yong pula kemudian mencadangkan bahawa koyakan juga boleh berlaku akibat masturb@si dan saksi tersebut bersetuju.

Terdahulu, bekas pemandu Yong dari Sekretariat Kerajaan Negeri Perak, Mohd Ali Ahmad, 51 ketika memberikan keterangan berkata pada 8 Julai 2019 beliau telah pergi ke rumah Paul Yong pada jam 8 pagi dan melihat pembantu rumah tersebut sedang menyapu kawasan meletak kereta, lapor The Star.

Tambah Mohd Ali, beliau ke sana kerana mahu menghantar Yong ke acara rasmi.

“Ketika saya membasuh kereta dan menunggu dia untuk keluar rumah, pembantu rumah bertanyakan kepada saya sama ada boleh menghantarnya ke kedutaan Indonesia.

Saya memberitahunya saya tidak dapat memenuhi permintaan beliau kerana sedang bekerja dan tidak bertanya kenapa beliau mahu menghantarnya ke kedutaan Indonesia. ” kata Mohd Ali.

Perbicaraan bersambung pada Khamis, 8 April. -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: