Langgar SOP: Akhirnya Neelofa mohon maaf

KUALA LUMPUR: Neelofa, 32, memohon maaf atas insiden perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahannya, bulan lalu dan kontroversi rentas negeri pada kunjungannya ke Pulau Langkawi, baru-baru ini.

Melalui rakaman video berdurasi kira-kira dua minit kepada media itu, pengacara dan usahawan kontroversi itu mengaku kurang menjaga sensitiviti semua pihak dan terlepas pandang dalam banyak perkara.

“Kalau kita tengok, ada banyak versi cerita di luar sana berkenaan kedua-dua isu ini. Saya seikhlas hati memohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya mahu pun di luar pengetahuan saya berkenaan kedua-dua isu ini,”

Tambahnya lagi, beliau dan suami, Haris Ismail, 26, mengakui dan menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan pihak berkuasa ke atas kedua-dua insiden berkenaan.

“Sekali lagi saya hendak memohon maaf kerana kurang menjaga sensitivititentang hal ini dengan semua. Ada banyak perkara saya terlepas pandang. Saya sepatutnya memberi contoh yang lebih baik mengenai hal itu,”

Neelofa berkata, dia memilih membuat permohonan maaf berhubung kontroversi tercetus, hari ini, selepas semua urusan termasuk proses memberi keterangan kepada polis untuk membantu siasatan selesai.

“Alhamdulillah, untuk kehadiran ke balai polis selesai. hari ini selesai Saya dan suami pergi pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga saya hari ini,” katanya.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz selepas hal itu tular di media sosial. Bukan itu sahaja, Neelofa juga memuat naik hantaran memaparkan kunjungannya ke Langkawi, lantas menimbulkan spekulasi pasangan ini sedang berbulan madu, beberapa hari selepas diijabkabulkan, dan bukannya untuk urusan kerja seperti yang didakwa.

Syarikat francais minuman, Chatime sebelum itu mengakui Neelofa dan suami ke tempat tersebut kerana urusan kerja. Walau bagaimanapun, hantaran di laman sosial Chatime itu diturunkan selepas mendapat kritikan dari warga net.

Terdahulu, empat hari lepas, setelah diasak pelbagai soalan oleh wartawan, selebriti itu meminta diberikan ruang untuk menyelesaikan hal tersebut secara profesional dan enggan mengulas isu pelanggaran SOP Covid tersebut.

“Saya rasa tak perlu jawab, tak perlu menceritakan hal terperinci kepada anda semua diluar sana. Saya perlu selesaikan dengan pihak yang berkenaan sahaja”

Katanya lagi, impak daripada orang awam itu telah memberikan publisiti percuma kepada beliau.

“Sebenarnya setelah benda ini terjadi, impak daripada publik, malah kita ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan. Dan terima kasih jugalah kepada anda semua yang memberi free marketing kepada saya dan memberi rezeki kepada saya.”

– Buletin TTKM-

Author: Buletin TTKM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.