“Akaun FB saya akan dirampas pihak berkuasa”- Fahmi Reza

Gambar TMI.

Kuala Lumpur, 25 April: Sebaik sahaja dibebaskan dari tahanan reman akibat hantaran yang didakwa menghina permaisuri Agong, Fahmi Reza berkata akaun facebooknya akan dirampas pihak berkuasa.

“Kerana aku ditangkap dan disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia a.k.a. #AktaSakitHati, menurut undang-undang, pihak polis dan SKMM mempunyai kuasa untuk merampas akaun Facebook ini atas alasan untuk mengumpul bahan bukti. Jika tidak ada sebarang posting daripada aku selepas ini, bermakna akaun ini sudah dirampas oleh pihak berkuasa.” – Fahmi Reza

Tambahnya lagi, smartphone, laptop, modem dan router beliau turut dirampas oleh pihak polis yang menyerbu rumahnya kelmarin.

“Bagi aku sedikit masa untuk kembali hasilkan grafik protes dan satira macam biasa. Jangan risau, benda ni takkan memperlahankan aku. Mereka boleh rampas barang-barang aku, tapi mereka tak boleh hentikan aku. Aku akan kembali dengan grafik politikal di masa akan datang” – Fahmi Reza

Terdahulu, Fahmi Reza berterima kasih kepada sokongan dan solidariti daripada semua pihak yang suarakan bantahan terhadap penahanannya sehingga menyumbang kepada pembebasan.

“Salah satu benda yang menyumbang ke arah pembebasan aku adalah sokongan dan solidariti daripada semua geng yang suarakan bantahan terhadap penahanan aku, online dan offline.

Dari semua online poster, grafik, FB post, komen, dan tweet, hingga ke teman-teman yang turun bersolidariti depan balai polis tempat aku ditahan. Aku nak korang tahu, solidariti korang semua bagi aku semangat dan keberanian untuk terus melawan. Walaupun pintu rumah aku berlubang, aku boleh tidur nyenyak malam ni! Terima kasih geng! Salute!” -Fahmi Reza

Pada 21 April lepas, Fahmi menaikkan satu hantaran berupa senarai 100 lagu dengan tajuk “This Is Dengki Ke” di mana kesemua lagu tersebut berkisar kepada tema‘dengki’. Senarai lagu itu turut dimuat naik di laman spotify. Hantaran itu mendapat 4.5k tanda suka dan 868 perkongsian.

Senarai lagu itu difahamkan merupakan satu satira yang ditujukan kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah setelah tandapagar #dengkike tular dan sohor kini di twitter.

Terdahulu timbalan ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli bin Shaari membuat satu laporan polis terhadap akaun Fahmi Reza yang menurutnya ‘menghina institusi beraja khususnya Raja Permaisuri Agong”

“Saya sebenarnya sudah lama memantau individu ini yang nampaknya semakin kurang ajar dengan berselindung di sebalik karya seni. Kali ini saya harap beliau boleh diberikan pengajaran yang setimpal.” – Ahmad Fadhli bin Shaari

Fahmi kemudian menyindir timbalan ketua Pemuda Pas tersebut dengan mengatakan “Orang lain yang kena satira, dia pulak yang pergi report polis. Syabas YB! #TiketKeSyurga#DengkiKe sambil mengesahkan tidak akan memadamkan senarai lagu itu.

“Aku tak akan padamkan playlist “This Is #DengkiKe?” ini. Enjoy the playlist. F**k censorship. #SatireIsNotACrime” – Fahmi Reza

-Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik: