Kuala Lumpur, 5 Mei: Ketika dihujani kritikan kuat dari warganet kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika majlis tahnik anaknya, Siti Nurhaliza Tarudin berkata beliau seronok mengumpul pahala percuma ketika bulan Ramadhan berada pada 10 malam terakhir.
“Alhamdullilah saya patut tengah seronok ni, (dapat) kumpul pahala banyak-banyak 10 malam terakhir ini, kata ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini.
“Betullah ustaz, dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdullilah,” – Siti Nurhaliza
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di Instagram Story malam tadi.

Baru-baru ini, tindakan penyanyi Cindai itu dan suaminya Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali dengan nama Datuk K, mengadakan majlis untuk tahnik anak keduanya ketika pandemik Covid-19 dikritik hebat warganet.
Beberapa gambar yang tular di media sosial menunjukkan majlis tersebut dihadiri beberapa ustaz dan pendakwah terkenal termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan Iqbal Zain.
Malah, mereka juga dilihat tidak memakai pelitup muka, hanya sekadar menyarungkan penghadang muka lutsinar.

Kelmarin, Siti Nurhaliza menyangkal dakwaan warganet bahawa terdapat pelanggaran SOP Covid-19 dalam majlis tahnik anaknya, terutama aktividi rentas negeri, kerana kseorang pendakwah dari negeri berlainan itu secara kebetulan berada di Kuala Lumpur.
“Tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.” – Siti Nurhaliza
Manakala Malaysiakini melaporkan Ustaz Azhar Idrus – yang berasal dari Terengganu -menjelaskan kehadirannya dalam majlis tersebut adalah kerana dia sudah berkawan lama dengan Datuk K.
“Saya bukan berkawan dengan artis (Siti Nurhaliza). Tapi Datuk K bersaing (berkawan) dengan kita dah tiga tahun. Tiga kali dia minta mari (datang) bila saya datang ke Kuala Lumpur.Yang ketiga ni kita (saya) segan sikit sebab waktu sakit hari tu dia datang ziarah dua jam, kita dok (tak) balas lagi. Kebetulan tu rumah mak mentua di belakang rumah tu saja… rumah isteri, bukan aku nok (nak) gi (pergi) sangat, tapi sebab member (kawan),” -Ustaz Azhar Idrus
Sementara itu, Utusan Malaysia melaporkan polis sudah membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis tahnik anak penyanyi nombor satu negara itu.
Memetik ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha, siasatan dijalankan di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 susulan satu laporan polis dibuat berkaitan isu tersebut.
Katanya, setakat ini pihaknya telah mengenal pasti penganjur majlis dan mereka turut dipanggil untuk diambil keterangan.
“Ini susulan satu artikel berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang mendakwa berlaku pelanggaran SOP serta beberapa gambar di dalam artikel tersebut menunjukkan kehadiran beberapa orang kenamaan (VVIP) dan penceramah agama terkenal ke majlis tersebut.
“Di dalam artikel tersebut juga telah menyatakan bahawa VVIP dan penceramah jemputan telah hadir ke majlis tanpa kelulusan dari pihak polis untuk merentas negeri di atas alasan mereka tinggal di luar kawasan,”.
Menurut Aishah RA, dalam satu hadis yang diriwayatkan al-Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W pada 10 malam terakhir sibuk mengejutkan ahli keluarganya untuk menghidupkan malam dengan beribadat.
:كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ
Maksudnya :” Nabi saw apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadhan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).”Riwayat al-Bukhari (2024)
Sebelum ini selebriti, Neelofa dan keluarganya didenda RM60k kerana didapati bersalah melanggar SOP Covid-19 ketika mengadakan majlis perkahwinan di suatu hotel di ibu kota bulan lepas. -Buletin TTKM-