Adun kini suspek: Mangsa rog0l buat laporan polis baru

Kuala Lumpur, 10 Mei: Seorang wanita yang sebelum ini mendakwa dirogol pada 4 Dis 2020 oleh dua kenalan seorang adun kini membuat laporan polis baru yang turut mengaitkan ahli dewan undangan negeri (adun) tersebut sebagai suspek.

Dalam laporan polis bertarikh 8 Mei 2021 yang dilihat Buletin TTKM, mangsa tersebut berkata beliau menarik balik laporan polis pertama bertarikh 5 Dis 2020 yang mendakwa beliau dirog0l, setelah menerima banyak ugutan dan tekanan daripada beberapa individu.

Tambahnya lagi, penarikan balik laporan itu dibuat tanpa kerelaan hatinya kerana risau akan keselamatan diri dan keluarga.

Katanya lagi, beliau telah menerima mesej pendedahan pada 6 Januari 2021 dari seorang wanita yang juga merupakan kenalan adun tersebut, yang mengatakan kejadian malam itu dirancang oleh adun terbabit.

Oleh kerana pendedahan ini, beliau kini mengaitkan adun terbabit sebagai suspek yang merog0lnya selain dua lagi kenalan adun itu.

“Kejadian pada 4 Dis 2020 itu telah dirancang oleh XXXXX XXXXX dan saya percaya ketiga-tiga lelaki yang berada bersama saya pada malam itu, iaitu XXXXX XXXXX, XXX XXXXXXX XXXXXXXX, dan XXXXX XXX terlibat dalam perbuatan rog0l yang telah dilakukan terhadap saya” – Kandungan laporan polis.

Oleh itu, mangsa berkata pada 12 Januari 2021 beliau telah menghantar surat kepada unit pendakwaan Kuala Lumpur untuk membuka dan menyiasat semula kes rog0l yang telah dilaporkan pada 5 Disember 2020 kerana rasa tidak berpuas hati atas ketidak adilan dan pencabulan seksual yang telah dialaminya.

“Selepas surat tersebut dihantar pada 12 Jan 2021, saya telah memberi kenyataan susulan kepada pihak PDRM seawal bulan Januari 2021. Menerusi keterangan tersebut saya telah mendedahkan kepada pihak PDRM berkaitan dengan penglibatan XXXXXX XXXXX di dalam perbuatan rog0l terhadap saya dan saya telah meminta pihak PDRM menyiasatnya” – Kandungan laporan polis.

Beliau turut mengesahkan video rakaman CCTV yang tular media sosial adalah beliau dan berkata video itu adalah sebahagian dari siasatan polis yang tidak sepatutnya disiarkan.

“Saya mohon satu siasatan dijalankan terhadap pihak yang menyebarkan video terbabit” – Kandungan laporan polis.

Mengakhiri laporan polisnya, wanita itu mendesak ketiga-tiga lelaki yang berada bersama beliau pada malam kejadian itu disiasat segera bagi perbuatan rogol dan cabul yang dilakukan terhadapnya.

Pada perkembangan yang sama, polis akan memanggil semula saksi dan suspek melibatkan adun dan dua kenalannya dan kini menyiasatanya pada sudut yang berbeza kemungkinan berikutan laporan polis baru yang dibuat wanita terbabit.

“Kami masih lagi menyiasat kes tersebut dan besar kemungkinan kami akan memangil mereka kembali untuk diambil kenyataan kerana kami kini menyiasat perkara ini dari sudut berbeza” – Datuk Azmi Abu Kassim, ketua polis KL.

Beberapa hari lepas, laporan polis pertama wanita itu bertarikh 5 Disember 2020 tular di media sosial selepas ia dimuat naik oleh bekas pemimpin UMNO, Lokman Adam di laman facebooknya.

Dalam laporan polis pertama itu, wanita tersebut hanya mengesyaki perbuatan rog0l dilakukan oleh dua kenalan adun, dan bukan adun tersebut kerana beliau berpacaran dengannya.

“It was certainly not XXXXXX, because i would have known it would be XXXXXX as we are both currently going out together” – Kandungan laporan polis pertama.

Wanita berumur 33 tahun itu berkata adun tersebut menjemputnya untuk sambutan harijadinya pada 4 Disember bersama kenalannya dan dua lagi wanita.

Selepas makan malam, wanita tersebut mendakwa mereka berkaraoke di mana beliau kemudian mabuk kerana mengambil beberapa gelas minuman keras.

Selepas itu, wanita itu mengingati adun tersebut membantunya berjalan selepas sesi karaoke itu.

Ingatan terakhirnya sebelum tidak sedarkan diri adalah wajah seorang kenalan adun itu berada di atasnya.

Beliau kemudian sedar pada jam 4.15 pagi dan berada dalam satu unit hotel dan dalam keadaan tidak berpakaian.

Beliau turut menjumpai sarung kondom dalam tong sampah di tandas tetapi tidak pasti siapakah yang merog0lnya.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dari adun terbabit. -Buletin TTKM-

(Buletin TTKM tidak mendedahkan nama tiga suspek tersebut selagi mereka tidak dihadapkan ke mahkamah. – Editor)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.