Kuala Lumpur, 14 Mei: Ummi Hafilda Ali mempersoalkan Dato’ Seri Azmin Ali berhubung gambar yang dinaikkan menteri kanan itu yang didakwanya tidak mematuhi SOP Covid-19.
“Rakyat marhaen pergi kubur dan rentas daerah pun tak boleh, yang hang anak beranak menantu cucu duduk ramai sambut raya boleh pula Min. Tang mana anak menantu hang dok sekali? Sejak bila Min oi? Hang jangan macam-macam Min. Rakyat panas hati” – Ummi Hafilda
Ummi Hafilda turut mendakwa Azmin Ali tidak dikuarantin apabila pulang dari lawatan ke Arab Saudi tempoh hari.
“Hang balik (Arab) Saudi pun tak kuarantin. Hang kebal sangat ka? Hang cucuk vaksin ketum ka? Jangan dok buli dan perbodohkan rakyat dengan SOP double standard kayangan dan marhaen. Hang jangan ingat orang di bawah ini tuli, pekak, dan bisu. Sat ni aku londeh perhabis baru hang tau” – Ummi Hafilda
Ummi Hafilda berkata demikian dalam satu hantaran di facebooknya yang turut melampirkan gambar Azmin Ali bersama keluarga di suasana hari raya.
Buletin TTKM mendapati gambar tersebut diambil dari hantaran Azmin Ali sendiri yang dinaikkan pada jam 4.25 PM semalam.
Untuk rekod, Ummi Hafilda Ali merupakan adik kepada Azmin Ali.
Pada 12 Mei, Majlis Keselamatan Negara menerbitkan SOP covid-19 untuk sambutan hari raya aidil fitri. Antara perkara yang dilarang adalah ziarah-menziarahi, rumah terbuka dan melawat kubur disamping tidak dibenarkan merentas daerah dan negeri. -Buletin TTKM-
