Kuala Lumpur, 17 Mei: Solat jemaah yang diimamkan oleh AJK Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Dusuki Abd Rani didakwa tidak mematuhi SOP Covid-19.
Melalui video secara langsung yang dinaikkan di laman facebooknya pada 7 mei 2021, hampir kesemua jemaah tidak memakai pelitup muka ketika bersolat jemaah, tetapi mematuhi penjarakan sosial yang berlangsung selama lebih kurang satu jam.
Dari sejumlah 32 jemaah termasuk 8 jemaah wanita yang dapat dilihat dari video tersebut, hanya tiga orang sahaja memakai pelitup muka.
Dari jumlah itu pula, seorang sahaja yang memakainya dengan sempurna manakala dua lagi meletakkannya di dagu.
Untuk rekod, dua kluster keagamaan direkodkan semalam dengan mencatatkan 22 kes positif Covid-19 melibatkan 88 saringan.
Ahmad Dusuki Abd Rani menjadi buah mulut kebelakangan ini apabila mendakwa disambar petir ketika mengimami solat, tetapi mampu untuk bangun semula dan meneruskan solat tersebut.
“Datang petir tu sambar! PHOUNGGGGG! Kena tubuh badan saya. Kena tu saya tercampak ke atas dua saf di belakang, yang menyebabkan pecah mic yang berada dekat tubuh badan saya ni” – Ahmad Dusuki.
Walau disambar petir, beliau masih berupaya untuk bangun semula dan mengimami baki solat terawih selepas mengambil air sembahyang.
“Alhamdulillah saya boleh bangun balik, jemaah pun tepuk, tepuk, tepuk saya, saya sedar balik, Pergi ambil air sembahyang balik. Saya sambung solat terawih balik ada 4 rakaat balik. “ – Ahmad Dusuki.
Ahmad Dusuki kemudian dalam laman facebooknya menerangkan dengan panjang lebar peristiwa tersebut setelah menjadi bahan jenaka warga netizen.
Walau bagaimanapun, dalam penerangan 7 point itu beliau tidak menggunakan istilah ‘disambar petir’, sebaliknya menukarkannya dengan “api dentuman yang kuat “
“Dari lerekan mata kecil saya ternampak api dentuman yang kuat menghempas dada saya dan saya terpelanting keatas dua saf di belakang saya. Surau saya blackout, mic didada saya pecah!! Kemudian saya pengsan,” – Ahmad Dusuki.
-Buletin TTKM-