June 20, 2021

Buletin TTKM

BERSANDAR FAKTA, BERCORAK SANTAI

Kerajaan gagal lucut harta RM114 juta dari Pavilion Residence

KUALA LUMPUR, 20 Mei : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permintaan kerajaan untuk melucutkan wang tunai lebih RM114 juta yang disita oleh polis di Pavilion Residences selepas pilihan raya 2018.

FMT memetik Hakim Muhammad Jamil Hussin sebagai berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan RM114 juta, berdasarkan keseimbangan kemungkinan, berasal dari 1MDB.

Dia juga mengatakan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh dari kesalahan pecah amanah (CBT).

Kerajaan mahu melucutkan wang tunai berjumlah RM114,164,393.44, barang kemas serta barangan fesyen mewah yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, tiga tahun lalu.

Mereka mendakwa wang dan barang itu ada kaitan dengan 1MDB.

Walaubagaimanapun, hakim Muhammad Jamil Hussin tidak membuat perintah konsekuensi dalam keputusan lisannya mengenai sama ada wang RM114 juta itu harus dikembalikan semula ke tampat awal ia disita.

Pada 15 Mac lepas, Peguam Hariharan Singh yang mewakili Umno dalam usahanya menuntut wang dirampas itu berkata, “tiada bukti langsung” bahawa wang itu datang dari akaun AmBank bekas presiden parti Najib Razak yang berakhir dengan 694.

Hariharan berkata, wang tunai berkenaan adalah derma politik milik Umno, dan Najib yang menguruskan dana parti ketika itu.

“Sebagai bekas presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional, beliau (Najib) perlu membiayai keseluruhan mekanisme untuk 222 kerusi Parlimen. Sebab itu ‘fleksibiliti’ wang tunai diperlukan.

“Dalam laporan polis dan afidavitnya, Najib mengesahkan wang itu dipegang secara amanah untuk Umno. Disebabkan itu kami mempunyai hak sahih dalam menuntut wang itu,” katanya.

-Buletin TTKM-

RSS
Follow by Email
%d bloggers like this: