Pejabat perdana menteri sebentar tadi menyatakan MKN telah membuat keputusan untuk mengetatkan lagi pelaksaan PKP 3.0 dengan penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.
Keputusan tersebut diambil setelah PKP 3.0 yang berlangsung selama empat minggu bermula 12 Mei 2021 menampakkan penularan dalam komuniti yang semakin meningkat.
“Kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang”.
Tambah kenyataan itu lagi, perincian mengenai sekatan tambahan ini akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Buletin TTKM-

