Undian : 96% sokong rambutan, PM cuma dapat 4%

Satu undian yang dilakukan warga twitter menunjukkan rambutan mendapat sokongan tinggi dengan 95.9% berbanding perdana menteri, Muhyiddin Yassin hanya mendapat 4.1% undian.

Undian oleh pengguna @Sofealey itu mendapat penyertaan seramai 30813 warga twitter, yang dinaikkan selepas perdana menteri dilaporkan mendapat sokongan 51% oleh satu kaji selidik firma 02 Malaysia.

Dalam dapatan yang bertajuk ‘Sentimen Umum Pengundi Malaysia Mengenai Isu Politik dan Kepimpinan’ yang dikeluarkan semalam, O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus daripada sejumlah 1,582 responden berumur 18 tahun dan ke atas yang ditinjau dari seluruh negara secara dalam talian.

Tinjauan yang berlangsung daripada 26 Mac hingga 9 April lalu itu turut menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus diikuti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (30 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 26 peratus.

Presiden Amanah Mohamad Sabu mendapat 22 % manakala dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di tempat tercorot dengan 11 % daripada tinjauan berdasarkan kaedah persampelan rawak berstrata yang mewakili kumpulan umur, jantina, kaum serta kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). -Buletin TTKM-



LIKE us on FACEBOOK



Posting terkini:

Ada lagi berita menarik:

Exit mobile version